Ramadan Tahun Ini Lebih Bermakna Buat Eda Ezrin, Jual Colek Bersama Suami

Ramadan tahun lalu menjadi kenangan pahit buat penyanyi dikir barat terkenal, Eda Ezrin, atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, apabila terpaksa berpuasa dan menyambut Syawal di dalam penjara di Wilayah Narathiwat, Thailand tanpa keluarga di sisi.

Namun selepas tujuh bulan berlalu, kehidupannya kini kembali tenang. Ramadan kali ini diisi dengan berniaga colek bersama suami, selain tekad mahu melupakan episod perit yang pernah menghantui hidupnya.

Lebih menggembirakan, penyanyi lagu Bae Soba Bae itu kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan anak ketiga pada Mei ini.

“Ramadan kali ini sangat bermakna buat saya dan suami, Mohd Affendi Ahmad, 36, selepas diuji selama sembilan bulan berada dalam penjara di Wilayah Narathiwat.

“Kali ini saya menyambut Ramadan dengan anak dan keluarga. Sepanjang Ramadan, saya dan suami berniaga colek iaitu menu terkenal di negeri ini.

“Sambutan luar biasa di kedai kami di Bulatan Jam Besar sehingga tidak menang tangan melayan pelanggan.

“Bidang jualan makanan tidak asing buat saya kerana sebelum ini pernah membuka kedai makan dan berniaga colek,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat pada 6 Ogos tahun lalu selepas lebih sembilan bulan ditahan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.

Pada 14 Januari tahun lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.

Mengimbas Ramadan tahun lalu, katanya, sejak kembali ke pangkuan keluarga selepas dibebaskan, dia mahu melupakan segala kenangan sepanjang berada di negara jiran itu.

“Setiap kali terkenang, saya boleh menangis memikirkan peritnya menanggung rindu terhadap anak dan suami.

“Namun, saya mengambil ujian itu dari sudut positif yang boleh mematangkan saya. Sepanjang Ramadan di penjara wanita, saya menjadi bilal untuk solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri,” katanya.

Walaupun namanya tercalar susulan kejadian itu, Eda Ezrin tetap bersyukur kerana peminat masih menyokong kerjaya seninya.

“Kehidupan semakin baik, saya akan mengeluarkan lagu raya tidak lama lagi, namun sepanjang Ramadan, saya tidak mengambil tawaran membuat persembahan.


“Saya berharap peminat terus memberi semangat untuk terus bangkit dalam bidang seni dikir barat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!