Bas KKM Bawa 13 Kakitangan Terbakar Berhampiran R&R Senawang

Seramai 14 individu dilaporkan selamat selepas sebuah bas milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbakar berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Senawang arah selatan, pada Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu melibatkan 13 penumpang terdiri daripada kakitangan KKM serta seorang pemandu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.16 tengah hari.

Bas KKM Bawa 13 Kakitangan Terbakar Berhampiran R&R Senawang


Dalam kenyataan, JBPM memaklumkan pihaknya mendapati bas berkenaan sedang marak terbakar di bahu jalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bas milik KKM yang sedang marak terbakar di bahu jalan.

"Api berjaya dikawal jam 12.20 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 1.19 petang. Bas terbabit musnah 85 peratus," katanya.

Walaupun bas mengalami kerosakan teruk dengan kira-kira 85 peratus daripadanya musnah, kesemua penumpang dan pemandu dilaporkan selamat.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!