Ustaz Mad Kecik Selamat Bernikah Dengan Pelajar Madrasah

Pendakwah terkenal, Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam hari ini.

Majlis akad nikah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Payung, Marang kira-kira jam 10 pagi.

Menurut abang UMK, Mohd Faizul Abdullah, majlis tersebut diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Katanya, pasangan UMK merupakan pelajar di Madrasah Darul Ansor, Wakaf Tapai dan perkenalan mereka diatur oleh guru-guru madrasah.

Menurutnya lagi, majlis sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 28 Mei depan di Madrasah Darul Zahraa, Kampung Dura, Hulu Terengganu.

Madrasah tersebut difahamkan dibangunkan sendiri oleh UMK.

Pihak keluarga turut menzahirkan penghargaan atas doa serta sokongan orang ramai terhadap pasangan itu dan usaha dakwah yang dilakukan UMK sebelum ini.

SHARE

TERKINI

PGA Rampas 8,800 Helai Kain Batik Seludup Bernilai RM1.76 Juta Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk…
Kali Pertama Seludup Arak Dari Thailand, Dua Lelaki Dicekup PGA Di Rantau Panjang
|
Cubaan pertama dua lelaki untuk menyeludup masuk minuman keras…
Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!