PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta

Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang dipercayai memiliki kayu tidak bercukai dalam operasi bersepadu di Chuchoh Puteri, Kuala Krai, petang semalam.

Serbuan yang dijalankan sekitar jam 3 petang menerusi Operasi Bersepadu Khazanah itu dilakukan bersama Jabatan Perhutanan hasil maklumat dan risikan.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam operasi tersebut, tujuh lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 51 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Permit Pemindahan Kayu Disyaki Meragukan

Menurut beliau, ketika serbuan dilakukan, pihaknya mendapati beberapa individu sedang mengendalikan jentera berat dan memotong kayu di premis berkenaan.

“Malah kerani kilang berkenaan juga mengemukakan permit pemindahan kayu hutan dari pihak Jabatan Perhutanan yang meragukan dan hasil pemeriksaan Jabatan Perhutanan mendapati kayu yang berada di kilang berkenaan dipercayai tidak bercukai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Rampasan Kayu Dan Jentera Cecah Lebih RM1 Juta

Ahmad Radzi berkata, hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan pelbagai barangan termasuk jentera berat, 141 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies, 3,035 batang kayu siap pelbagai saiz dan peralatan lain.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM1 juta.

Kayu Dibeli Dari Penduduk, Dijual Ke Kuala Lumpur

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kerani kilang yang juga adik kepada pemilik memaklumkan premis tersebut menggaji tujuh pekerja.

Tambah beliau, kilang terbabit dipercayai membeli kayu hutan tidak bercukai daripada penduduk setempat pada harga RM12 sekaki.

Kayu yang siap diproses pula dijual kepada ejen pada harga RM700 satu tan untuk pasaran Kuala Lumpur.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!