Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko menggunakan kenderaan pikap milik abangnya untuk membawa lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pangkalan haram di Sungai Golok ke Kota Bharu.

Kegiatan ‘tekong darat’ demi bayaran RM100 bagi setiap PATI itu bagaimanapun terbongkar selepas remaja berkenaan ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bunohan, Tumpat kira-kira jam 4 pagi tadi.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya terlebih dahulu menahan sebuah Mitsubishi Triton di tepi jalan selepas kenderaan itu didapati mengelak pemeriksaan.

Menurutnya, dua lelaki melarikan diri, namun pemeriksaan mendapati lima lelaki warga India dan Sri Lanka bersembunyi di tempat duduk belakang pikap berkenaan.

"Dua lelaki melarikan diri, namun lima lelaki warga India dan Sri Lanka ditemui bersembunyi di tempat duduk belakang kenderaan.

"Serbuan susulan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bunohan di mana remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai tekong darat ditahan," katanya.


PATI Masuk Guna Perahu Dari Thailand

Ahmad Radzi berkata, suspek mengaku menyediakan pengangkutan kepada PATI dengan bayaran RM100 seorang.

Lima warga asing itu pula dipercayai memasuki Malaysia menggunakan perahu dari Thailand sebelum menyeberangi Sungai Golok.

Mereka turut mendakwa membayar ejen di India sebanyak RM3,000 seorang sebagai kos perjalanan serta jaminan masuk ke Thailand dan Malaysia.

Suspek turut memaklumkan dia ditawarkan kerja oleh seorang lelaki tempatan untuk mengambil PATI di pangkalan haram sebelum menghantar mereka ke Stesen Bas di Kota Bharu.


Suspek Positif Methamphetamine

Menurut Ahmad Radzi lagi, ujian saringan air kencing mendapati remaja terbabit positif methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 55(e), Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!