Jual Lokcing Sambil Seludup Petrol, Terima Upah RM10 – RM15 Satu ‘Trip’

Seorang penjual lokcing warga Thailand dipercayai menjadikan aktiviti menyeludup petrol sebagai pendapatan sampingan apabila menerima upah antara RM10 hingga RM15 bagi setiap perjalanan membeli bahan api tersebut.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam serbuan di sekatan jalan raya (SJR) Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1 tengah hari ketika menunggang motosikal jenis Honda Click bernombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati motosikal tersebut membawa dua tong jerikin berisi petrol dianggarkan 20 liter setiap satu serta sebotol lutsinar mengandungi 1.5 liter petrol.

“Jumlah keseluruhan petrol yang dirampas dianggarkan sebanyak 21.5 liter.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku mengisi petrol di beberapa stesen minyak sekitar Wakaf Bharu dan Tumpat sebelum diseludup ke Thailand,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Ahmad Radzi berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual lokcing di sekitar Tumpat dipercayai melakukan kegiatan tersebut sehingga tiga kali sehari sebagai sumber pendapatan tambahan.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk motosikal dan petrol dianggarkan RM4,083.21.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, PGA akan terus memperketat pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi mengekang aktiviti penyeludupan petrol dan diesel di kawasan sempadan melalui laluan tidak diwartakan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!