Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan

Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu di sini tidak menyangka cuaca panas yang melanda sejak bulan lalu memberi kesan besar sehingga pengeluaran telur merosot sehingga 40 peratus.

Penternak, Mohd Fakri Mazlan, 43, berkata, sebanyak 900 ekor itik jenis Khaki Campbell yang diternaknya sebelum ini mampu menghasilkan sekitar 450 biji telur sehari, namun jumlah itu kini menurun kepada kira-kira 250 biji.

Itik Kurang Selera Makan Bila Panas

Menurut Mohd Fakri, keadaan cuaca panas menyebabkan itik-itiknya kurang selera makan walaupun bekalan makanan dan air mencukupi, sekali gus menjejaskan proses penghasilan telur.

“Meskipun bekalan makanan dan air cukup, itik pastinya tak lalu makan semasa cuaca panas sekali gus merencatkan proses haiwan itu untuk bertelur.

“Pengeluaran telur berkurangan sehingga 200 biji sehari bermula bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Sering, kelmarin.

Itik Berusia Lebih Lima Tahun Turut Mati

Mohd Fakri turut memaklumkan, terdapat juga itik peliharaannya yang berusia lebih lima tahun mati akibat kekurangan nutrisi selepas tidak berselera makan ketika cuaca panas berpanjangan.

Katanya, sekiranya cuaca panas terus berlarutan, tidak mustahil pengeluaran telur akan terus menurun dan lebih banyak itik akan mati selepas ini.

Tidak Lepaskan Itik Di Tali Air

Dalam masa sama, beliau berkata, dia tidak pernah melepaskan semua itik ternakannya ke kawasan tali air walaupun cuaca panas kerana bimbang haiwan itu terkejut apabila dikurung semula di kawasan berpagar.

Menurutnya lagi, itik jenis Khaki Campbell sememangnya terkenal tahan lasak dan tidak cerewet dari segi penjagaan, namun tetap akan kurang bertelur jika terdedah kepada cuaca panas.

“Bagi menjamin pengeluaran telur yang berkualiti, saya tidak akan lepas itik-itik itu di luar kerana bimbang ia memakan sisa-sisa buangan,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!