PATI Myanmar Bayar RM4,000 Seorang, Dicekup Menyorok Di Hutan Pasir Mas

Cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyusup masuk ke Malaysia melalui laluan haram terbongkar apabila mereka dicekup ketika bersembunyi di kawasan hutan berhampiran Kampung Tok Rusa, Meranti, Pasir Mas, pada Ahad.

Kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 47 tahun itu dipercayai baru tiba di negara ini sebelum dikesan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menerusi Op Taring Wawasan kira-kira jam 7 malam.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan berhubung pergerakan mencurigakan di kawasan sempadan tersebut.

Menurut beliau, ketika pemeriksaan dijalankan, kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia.

Masuk Ikut Laluan Tidak Diwartakan

“Hasil siasatan awal mendapati mereka disyaki memasuki negara ini dari Thailand melalui jalan yang tidak diwartakan sebelum bersembunyi di kawasan hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ahmad Radzi berkata, kumpulan terbabit dipercayai membayar RM4,000 seorang kepada ejen bagi urusan membawa masuk ke Malaysia.

Katanya, perjalanan dilakukan menggunakan bot dan tekong dipercayai membuat dua trip, dengan setiap perjalanan membawa lima penumpang.

Kes Dirujuk IPD Pasir Mas

Menurut beliau, kes tersebut telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen sah.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!