Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah

Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu yang hanya mampu dinikmati golongan berada apabila Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menawarkan perkhidmatan itu pada kos jauh lebih rendah berbanding pusat rawatan lain di negara ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah HPUSM, Datuk Dr Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani berkata, langkah itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah untuk turut merasai peluang memiliki zuriat.

Menurutnya, kos rawatan IVF di HPUSM bermula serendah RM5,680, tidak termasuk ubat-ubatan dan caj penginapan.

“Secara purata, pesakit disaran menyediakan sekitar RM10,000, namun kebanyakan mereka tidak menggunakan jumlah penuh tersebut. Ini antara kos paling rendah berbanding hospital universiti lain atau hospital swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Perkhidmatan Infertiliti HPUSM di Kota Bharu pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Penyelaras Perkhidmatan Infertiliti HPUSM, Profesor Madya Dr Adibah Ibrahim.

Lebih 50 Bayi Lahir Sejak 2014

Dr Ab Rahman memaklumkan, lebih 50 bayi selamat dilahirkan menerusi program IVF HPUSM sejak 2014.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, seramai 400 pesakit telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Katanya, kadar kejayaan rawatan juga setanding standard antarabangsa iaitu sekitar 20 hingga 25 peratus, dengan data terkini merekodkan 24.7 peratus kadar kelahiran bayi.

Kitaran Rawatan Meningkat Setiap Tahun

Beliau berkata, pada awal penubuhan 12 tahun lalu, pihaknya hanya menjalankan sekitar lima kitaran IVF setahun sebelum meningkat kepada 10 kitaran.

Namun kini, HPUSM mengendalikan sekitar 20 hingga 50 kitaran rawatan setahun.

Ramai Datang Selepas Umur 35 Tahun

Dalam pada itu, Dr Ab Rahman mengakui majoriti pesakit yang hadir mendapatkan rawatan adalah berusia lebih 35 tahun.

Menurutnya, situasi itu berlaku kerana ramai menangguhkan perkahwinan demi mengejar kerjaya atau mahu mengukuhkan kewangan terlebih dahulu.

Beliau turut menjelaskan peluang kehamilan lebih baik sekiranya rawatan dimulakan sebelum usia 35 tahun kerana tahap kesuburan wanita akan menurun selepas usia tersebut.

Selain itu, HPUSM juga berusaha mengubah stigma masyarakat terhadap pasangan yang sukar memperoleh zuriat agar lebih ramai tampil mendapatkan rawatan lebih awal.

“Kami mahu rakyat tahu rawatan ini bukan lagi untuk golongan kayangan. Kualitinya kayangan, harganya marhaen,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!