Dua kapal India Diserang, Diarah Berpatah Balik Ketika Melintasi Selat Hormuz

Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UK Maritime Trade Operations) milik tentera Britain mendakwa dua bot bersenjata milik Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal tangki yang sedang melalui Selat Hormuz.

Menurut laporan TankerTrackers.com pula, beberapa buah kapal dipaksa berpatah balik di selat itu termasuk sebuah kapal tangki gergasi berbendera India, selepas ditembak oleh pasukan Iran.

Dalam perkembangan sama, Kementerian Hal Ehwal Luar India mengesahkan bahawa dua buah kapal berbendera India yang membawa minyak mentah telah diserang ketika cuba melintasi selat berkenaan.

India memaklumkan pihaknya telah memanggil wakil diplomatik Iran di New Delhi dan menyuarakan “kebimbangan mendalam” berhubung serangan terhadap dua kapal terbabit.

IRGC Beri Amaran Kapal Akan Jadi Sasaran

Iran dilaporkan menganggap sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhannya sebagai pelanggaran perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran pada Sabtu memberi amaran bahawa mana-mana kapal yang menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai sasaran.

“Kami memberi amaran bahawa tiada sebuah kapal pun, tanpa mengira jenis, dibenarkan meninggalkan tempat berlabuh di Teluk Parsi dan Laut Oman.

"Sebarang cubaan untuk menghampiri Selat Hormuz akan dianggap sebagai kerjasama dengan pihak musuh, dan kapal yang melanggar arahan ini akan disasarkan,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman berita rasmi IRGC, Sepah News.

Kekeliruan berkaitan laluan maritim kritikal itu dijangka memburukkan lagi krisis tenaga yang sedang menggoncang ekonomi global, selain meningkatkan risiko konflik baharu antara Iran dan AS.

Perkembangan itu berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump menyatakan sekatan ke atas pelabuhan Iran “akan kekal dikuatkuasakan sepenuhnya” sehingga Tehran mencapai perjanjian dengan Washington berkaitan program nuklearnya.

Tehran sebelum ini dilaporkan membuka semula Selat Hormuz kepada kapal komersial pada Jumaat.

Selat Hormuz merupakan laluan penting kerana kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dunia melalui kawasan itu, dan sebarang sekatan lanjut dijangka menjejaskan bekalan sedia terhad sekali gus mendorong harga minyak meningkat semula.

Walaupun ketegangan semakin meningkat, pegawai Pakistan berkata Amerika Syarikat dan Iran masih menghampiri satu perjanjian menjelang tarikh akhir gencatan senjata pada 22 April.

Pertempuran setakat ini dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 3,000 orang di Iran, hampir 2,300 di Lubnan, 23 di Israel, lebih sedozen di negara-negara Arab Teluk serta 13 anggota tentera Amerika Syarikat.


Sumber: Astro Awani

SHARE:

TERKINI

“3 hari Kat Kelantan Baru Tahu Waktu Solat Jumaat Mall Kena Tutup..”
|
Satu hantaran tular di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai…
Dua kapal India Diserang, Diarah Berpatah Balik Ketika Melintasi Selat Hormuz
|
Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UK Maritime Trade…
Kerajaan Negeri Kelantan Hargai Peruntukan Tambahan Diumum Perdana Menteri
|
Kerajaan Negeri Kelantan menghargai dan menyambut baik pengumuman peruntukan…
Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Madinah
|
Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia bagi musim 1447H/2026 selamat…
PGA Tahan 2 Lelaki Di Pasir Mas, Rampas 5kg Bunga Ganja Bernilai RM400,000
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki termasuk seorang…
Peruntukan Pembangunan Di Kelantan Dinaikkan Kepada RM8 Bilion
|
Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3…
Jawatan Kosong Kelantan