Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang

Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan memiliki sebilah parang yang dikategorikan sebagai senjata berbahaya tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa, dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairulhafiz Mohamad, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebilah parang berhulukan kayu berukuran kira-kira 42 sentimeter, tanpa maksud yang sah atau tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di depan pintu pagar utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang, kira-kira jam 11 malam, pada 8 April 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Mei depan bagi prosiding jatuh hukum.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan tindakan seorang lelaki cuba membunuh anggota polis dengan melibas parang mengundang padah apabila dia cedera ditembak pada paha dalam kejadian di depan UiTM Cawangan Machang pada 8 April lalu.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!