[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat apabila isu kegiatan lepak dan “rempit” di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dibangkitkan dalam perbahasan.

Isu itu disentuh oleh ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim, yang mengaitkan masalah sosial tersebut dengan kawasan sekitar lapangan terbang baharu berkenaan.

Namun, suasana sidang menjadi lebih panas apabila ADUN Melor, Wan Rohimi Wan Daud, bangkit mencelah mempertahankan situasi itu.

Menurut Wan Rohimi, perbuatan melepak di lapangan terbang tidak sepatutnya dianggap satu kesalahan besar, malah beliau menyifatkan ia perkara biasa selagi tidak melibatkan aktiviti jenayah.

Beliau turut menyebut bahawa mereka yang berada di situ hanya melepak dan bukannya melakukan perkara lebih serius seperti menghisap dadah.

Tambahnya lagi, masyarakat sepatutnya diberi ruang untuk menikmati kemudahan bangunan baharu LTSIP yang dibangunkan.

Malah, Wan Rohimi berkata jika diberi peluang, beliau sendiri juga mahu melepak di kawasan tersebut.

Beliau menegaskan isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan.

Susulan itu, klip video perbahasan dalam sidang DUN tersebut menjadi tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

@drhafidzahmustakim

Isu Pelancongan & Imej Negeri? LTSIP aset besar negeri, simbol kemajuan dan pintu masuk baharu Kelantan. Jangan biar imejnya dicemari budaya rempit. Anak muda bukan untuk dihukum semata-mata, tetapi dipimpin menjadi aset negeri. #DrHafidzah #DunKotaLama #KitaBinaBersama

♬ Scale Call Of The Luminic Guard - epicmusicstore

SHARE:

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!