Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang

Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10 kali ganda sejak perang yang dilancarkan terhadap negara itu pada Jun tahun lalu.

Menurut laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA), perkara itu didedahkan Timbalan Pegawai Eksekutif Angkatan Tentera Iran, Brigedier Jeneral Alireza Sheikh.

Beliau membuat kenyataan itu pada Khamis menjelang sambutan Hari Tentera Nasional Iran pada 18 April, sambil memperincikan pencapaian angkatan tentera serta pengajaran yang diperoleh daripada konflik terbaru.

Merujuk kepada pencapaian strategik angkatan tentera, beliau berkata Iran telah mengubah dinamika kuasa dalam pelbagai domain.

Beliau turut menekankan peningkatan ketara dalam pengeluaran pertahanan negara, termasuk industri dron.

“Dalam tempoh tujuh bulan selepas perang kedua, pengeluaran dron kami adalah 10 kali ganda berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran sepanjang tempoh sebelumnya,” katanya.

Dalam konflik selama 12 hari pada Jun 2025, beberapa tapak nuklear dan ketenteraan utama Iran dilaporkan dibom oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Alireza turut menyifatkan perkembangan itu sebagai satu perubahan besar dalam teknologi ketenteraan Iran.

“Satu revolusi sebenar berlaku dalam bidang dron. Ia memainkan peranan penting sebagai alat utama dalam mengganggu strategi pertahanan musuh, sekali gus membolehkan peluru berpandu kami menyerang sasaran dengan tepat,” katanya.


Sumber: Bernama, IRNA

SHARE:

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!