Ini 10 Syarat Dikemukakan Iran Kepada AS Untuk Tamatkan Perang

Iran dilaporkan mengemukakan satu cadangan balas berbentuk 10 syarat utama kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel, dengan menegaskan bahawa Tehran hanya akan menerima penamatan konflik jika perang ditamatkan secara kekal dan bukan sekadar gencatan senjata sementara.

Menurut laporan, cadangan tersebut disampaikan melalui Pakistan selaku pihak perantara, selepas Iran menolak idea gencatan senjata sementara yang dianggap tidak menjamin keselamatan negara itu dalam jangka panjang.

10 Syarat Iran Untuk Tamatkan Perang

Berikut merupakan antara kandungan cadangan 10 perkara yang dilaporkan dikemukakan Iran:

  1. 1. Penamatan perang secara kekal, menolak sebarang gencatan senjata sementara.
  2. 2. Jaminan Iran tidak akan diserang lagi pada masa hadapan.
  3. 3. Penghentian serangan Israel terhadap Hezbollah di Lubnan.
  4. 4. Hentikan semua serangan serantau, bukan hanya terhadap Iran sahaja.
  5. 5. Penghapusan sepenuhnya sekatan AS dan antarabangsa terhadap Iran.
  6. 6. Iran akan menamatkan sekatan dan membuka semula Selat Hormuz sebagai balasan.
  7. 7. Wujudkan protokol khas laluan selamat untuk kapal melalui Selat Hormuz.
  8. 8. Iran akan mengenakan caj transit sekitar AS$2 juta bagi setiap kapal yang melalui selat itu.
  9. 9. Caj transit tersebut akan dikongsi bersama Oman.
  10. 10. Pembinaan semula infrastruktur yang musnah akibat serangan AS dan Israel, dijadikan syarat berasingan.

Selat Hormuz Jadi Taruhan Utama

Dalam masa sama, Iran menyatakan kesediaan untuk membuka semula Selat Hormuz, namun hanya selepas syarat-syaratnya dipenuhi, termasuk pengenalan caj transit dan protokol keselamatan baharu bagi laluan kapal perdagangan.

Iran turut menuntut supaya kerosakan akibat serangan ketenteraan ditanggung melalui usaha pembinaan semula, yang dianggap sebagai pampasan kepada negara itu.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi sama ada Washington akan menerima atau mempertimbangkan cadangan 10 perkara tersebut.


Sumber: TRT World, IRNA

SHARE:

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan