Kelantan Umum Pakej Rangsangan Ekonomi RM2 Juta Kepada Rakyat

Kerajaan negeri Kelantan semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat berjumlah RM2 juta bagi membantu rakyat yang terkesan susulan ketidaktentuan ekonomi global.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pakej itu akan memberi manfaat khusus kepada golongan petani serta pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi negeri.

Menurut beliau, bantuan tersebut akan disalurkan secara bersasar membabitkan RM1 juta kepada petani bagi memperkukuh sektor agromakanan, manakala RM1 juta lagi kepada pengusaha IKS untuk menyokong kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela di samping memperkukuh daya tahan ekonomi Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu.

Mohd Nassuruddin turut memaklumkan bahawa mekanisme penyaluran bantuan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.


Jawatankuasa Khas Tanah KESEDAR Ditubuhkan

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi menyelesaikan isu berkaitan, termasuk soal pemilikan tanah peneroka.

Mohd Nassuruddin berkata, perkara itu susulan isu berkenaan dibangkitkan oleh Wan Rohimi Wan Daud (PAS-Melor) ketika membahaskan titah ucapan diraja.

Isu tersebut turut mencetuskan perdebatan antara beliau dengan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (BN-Nenggiri) dan Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas).

“Isu berkaitan KESEDAR dan tanah peneroka yang dibangkitkan menunjukkan masih terdapat perkara tertunggak yang belum diselesaikan,” katanya.


Komitmen Federalisme Matang

Menteri Besar Kelantan itu turut menegaskan kerajaan negeri komited mengamalkan pendekatan federalisme matang dan konstruktif, termasuk memperkukuh hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, penyelarasan pembangunan negeri akan terus diperkukuh menerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Dua Rumah Musnah dalam Kebakaran di Rantau Panjang
|
Seorang penduduk ternampak sebuah motosikal terbakar sebelum api merebak…
Dari Amerika Syarikat ke Kelantan, Fahmi Ibrahim Mahu Pikat Irfan Bakti
|
Pemain sayap kelahiran Amerika Syarikat, Fahmi Ibrahim menjadi antara…
Aliff Rakib Bertemu Anwar Selepas Cipta Sejarah di ONE Championship
|
Selepas mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merangkul kejuaraan…
Melaka FC Jadi Medan Ujian Sebenar KRW Menjelang Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) bakal berdepan ujian sebenar…
Merhrom Rayu Malaysia Henti Penghantaran Pulang 5,000 Rohingya ke Myanmar
|
Ketika kerajaan Malaysia mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000…
Masalah Dadah di Kelantan Serius, Hampir Tiada Kampung Terlepas – Saifuddin
|
Arahan supaya setiap ketua balai polis di Kelantan menahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!