10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis

Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 antara individu yang ditahan tentera Zionis di Kepulauan Crete, Greece, hari ini.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby berkata, kesemua mereka yang menaiki enam daripada 22 kapal ditahan antara jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia bersamaan kira-kira 6 petang waktu Greece.

Menurutnya, antara rakyat Malaysia yang ditahan ialah wartawan veteran merangkap aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA, yang menaiki kapal Arkham III.

Turut ditahan ialah Osman Zolkifli dan Dr Jihan Alya Mohd Nordin yang berada di kapal Eros 1.

Sani berkata, empat lagi rakyat Malaysia yang ditahan ialah Mohd Shamsir Mohd Isa (kapal Esplai), Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan Norhelmi Ab Ghani (kapal Bianca BCN).

Selain itu, Mohd Redzal Amzah (kapal Freia) serta Muhamad Muhzin Zaidi (kapal Marea) turut dilaporkan ditahan.

SNCC Dakwa Berlaku Provokasi Dan Gangguan Radio

Menurut Sani, kapal terbabit dihampiri secara agresif oleh tentera Zionis ketika berada dalam kedudukan 656 batu nautika, yang disifatkan sebagai zon pelayaran sah dan dijamin sepenuhnya.

“Kali terakhir SNCC dapat berhubung dengan kapal terbabit adalah kira-kira empat jam lalu sebelum terputus hubungan. Berlaku provokasi dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran dan gangguan frekuensi radio.

“Tiada maklumat lanjut mereka ditahan dan diculik secara tidak sah dan akan disahkan dalam masa terdekat.

“Pihak keluarga juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas SNCC di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dekat Bandar Bukit Mahkota, hari ini.

36 Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Misi

Terdahulu, SNCC mengesahkan misi Global Sumud Flotilla (GSF) sudah memulakan pelayaran dengan 56 kapal dari Pelabuhan Catania, Itali bagi meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza.

Seramai 36 rakyat Malaysia terbabit dalam misi tersebut terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal penganjur serta peserta yang berada dalam keadaan sihat dan bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa pelayaran.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Juruwang Didenda RM5,000 Rakam Kakak Ipar Dalam Tandas Guna Pen Perakam
|
Seorang juruwang didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini…
Dikejar 10 Kilometer, Lelaki Tinggalkan 1.36 Tan Minyak Masak Bersubsidi
|
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri daripada pihak berkuasa berakhir…
Rohingya Tidak Layak Mohon Lesen, Pemilik Kenderaan Boleh Didakwa – JPJ Kelantan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menegaskan etnik Rohingya tidak…
Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!