Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mengisytiharkan “Pohon Pitis” sebagai Warisan Kelantan dalam satu majlis bersejarah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 10 September.
Menurut laporan Bernama, baginda turut berkenan merasmikan Festival Senjata Warisan Kelantan 2026 yang dihadiri lebih 300 tetamu.
Pohon Pitis | Foto: Bernama
“Beta merasmikan Festival Senjata Warisan Kelantan dan mengisytiharkan bahawa Pohon Pitis sebagai Warisan Kelantan,” titah baginda.
Selepas perasmian, Tengku Muhammad Fakhry Petra turut berangkat menyaksikan pameran festival berkenaan.
Baginda diiringi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad serta beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Sasar 50,000 pengunjung
Festival Senjata Warisan Kelantan 2026 menampilkan pelbagai koleksi senjata tradisional, pitis dan khazanah warisan Kelantan.
Penganjur menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung pada tahun ini, meningkat berbanding 42,000 pengunjung yang direkodkan pada tahun lalu.
Festival tersebut turut berpotensi menarik lebih ramai pelancong asing, khususnya dari Indonesia susulan adanya penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu.
Potensi berkenaan turut disokong oleh peningkatan kemudahan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Sumber: Bernama
