Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu bakal mengalami perubahan besar apabila kerja naik taraf kawasan peranginan itu sedang dijalankan bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan moden kepada pengunjung.
Kredit foto: Taufiq Ramli
Pantai yang menjadi antara lokasi rekreasi di Kelantan itu ditutup sementara sehingga 23 April 2028, iaitu tarikh yang dijangka menjadi tempoh siap projek naik taraf berkenaan.
Kawasan Seluas 9.41 Ekar Dinaik Taraf
Menurut maklumat yang dikongsikan, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah memohon peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tujuan naik taraf serta pembangunan PCB sebagai taman rekreasi awam.
Projek berkenaan melibatkan kawasan seluas 9.41 ekar dengan beberapa penambahbaikan dirancang untuk mengubah wajah Pantai Cahaya Bulan.
Antara yang bakal dibangunkan ialah gerai-gerai baharu, kemudahan awam serta landskap yang lebih moden dan menarik.
Bakal Tampil Dengan Wajah Baharu
Naik taraf itu dijangka menjadikan PCB sebuah kawasan rekreasi awam dengan kemudahan yang lebih tersusun dan persekitaran yang lebih indah.
Kredit foto: Taufiq Ramli
Bagaimanapun, pengunjung perlu mengambil maklum mengenai penutupan sementara kawasan berkenaan sepanjang tempoh kerja naik taraf dilaksanakan.
Projek itu dijangka siap pada 23 April 2028, sekali gus membuka ruang kepada Pantai Cahaya Bulan untuk tampil dengan wajah baharu selepas pembangunan selesai.
Orang ramai dinasihatkan merancang kunjungan ke lokasi rekreasi itu dengan mengambil kira tempoh penutupan yang ditetapkan.
