Senarai penuh Menteri Besar Kelantan dari 1775 hingga kini

Menteri Besar Kelantan ialah jawatan ketua pentadbiran di negeri Kelantan, Malaysia sejak tahun 1775. Jawatan ini merupakan posisi tertinggi dalam hierarki kerajaan negeri dan bertindak sebagai ketua eksekutif yang mengurus urusan pentadbiran serta dasar negeri di bawah pemerintahan Sultan Kelantan.

Sebelum ini, jawatan berkenaan dikenali sebagai Perdana Menteri Kelantan, namun bagi tujuan penyeragaman dengan negeri-negeri Melayu lain, nama jawatan tersebut kemudiannya ditukar kepada Menteri Besar.

Sejak diperkenalkan lebih dua abad lalu, Kelantan telah diterajui oleh 19 tokoh utama yang berperanan besar dalam pembangunan politik, pentadbiran dan kemakmuran negeri ini.

Berikut Kelantan Daily senaraikan Menteri Besar Kelantan bermula dari tahun 1775 sehingga kini (2025)


Senarai Menteri Besar Kelantan (1775 – Kini)

BilMenteri BesarTempoh PerkhidmatanZaman Pemerintahan Sultan
1YTM Engku Sri Maharaja Perdana Mentri Long Abdul Ghafar1775 - 1794Sultan Long Yunus
2Wan Mahmud bin Wan Ibrahim1800 - 1835Sultan Muhammad I
3YTM Raja Kampung Laut Tuan Besar bin YTM Raja Muda Ismail1835 - 1839Sultan Muhammad II & Yamtuan Muda Long Jenal
4Engku Besar Perdana Menteri Engku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar1839 - 1851Sultan Muhammad II
5Nik Abdul Majid bin Nik Yusoff1851 - 1885Sultan Muhammad II
6Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid1886 - 1890Sultan Ahmad
7Dato' Maha Menteri Saad bin Ngah1890 - 1894Sultan Muhammad III - Sultan Mansur
8Nik Seri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid1894 - 1900Sultan Mansur
9Dato' Menteri Hassan bin Mohd Salleh1900 - 1920Sultan Muhammad IV
10Dato' Perdana Menteri Paduka Raja Nik Mahmud bin Nik Ismail1921 - 1944Sultan Ismail
11Dato' Seri Setia Raja Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud1944 - 1953Sultan Ibrahim Petra
12YBM Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah bin YTM Raja Dewa Long Zainal Abidin1953 - 1959Sultan Ibrahim Petra
13Dato' Bentara Jasa Ishak Lotfi Omar1959 - 1964Sultan Ibrahim Petra - Sultan Yahya Petra
14Dato' Seri Paduka Raja Mohd Asri bin Muda1964 - 1973Sultan Yahya Petra
15Dato' Biji Sura Muhamed bin Nasir1973 - 1978Sultan Yahya Petra
16Dato' Bentara Kanan Mohamed Yaacob1978 - 1990Sultan Yahya Petra - Sultan Ismail Petra
17Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat1990 - 2013Sultan Ismail Petra - Sultan Muhammad V
18YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob2013 - 2023Sultan Muhammad V
19Dato' Panglima Perang Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud2023 - KiniSultan Muhammad V



Senarai menteri besar kelantan dahulu hingga kini



#KelantanDaily

TERKINI

Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Kanak-Kanak Autistik Tujuh Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 13 Pangsapuri
|
Seorang ibu dari Pasir Puteh, Kelantan tidak menyangka perasaan…
Siapa Aliff Sor Dechapan? Kenali Juara Dunia Muay Thai Dari Kelantan
|
Nama Aliff Rakib kini terpahat dalam sejarah sukan tempur…
Thailand Laksana Undang-Undang Tentera Di Narathiwat Selepas Serangan Maut
|
Kerajaan Thailand mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di 13 daerah…
Dua Pelajar Perempuan Ditemui Maut Jatuh Dari Flat Terbiar Di Ipoh
|
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemui maut selepas…
Sejarah Tercipta! Aliff Rakib Raih Gelaran Dunia Pertama Malaysia Di ONE Championship
|
Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib, mencipta sejarah apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!