Tiada Pesta Air, Singapura Tarik Pelancong Dengan Dikir Barat

Tatkala Kuala Lumpur sibuk dengan kemeriahan Festival Rain Wave Music 2026 di Bukit Bintang, satu video dari negara jiran pula mencuri perhatian ramai apabila persembahan dikir barat dipersembahkan secara terbuka di Singapura.

Lebih menarik, dikir barat itu bukan sekadar hiburan biasa, tetapi dinyanyikan dalam dialek Kelantan, sekali gus mencetuskan rasa bangga dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya anak Pantai Timur.

Perkara itu tular selepas seorang pengguna Threads dikenali sebagai Luqmanhkm_14 memuat naik perkongsian mengenai persembahan tersebut.

“Persembahan dikir barat di Singapura dengan dialek Kelantan. Yang ni baru betul, bukan buat event simbah air,” tulisnya.

Difahamkan, persembahan tersebut berlangsung di kawasan Kampong Glam, salah satu lokasi terkenal di Singapura yang sering menjadi pusat aktiviti budaya dan pelancongan. Bagaimanapun, tarikh sebenar acara itu tidak dapat dipastikan.


Netizen Puji Singapura Angkat Budaya Melayu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji usaha penganjur yang membawa budaya tradisional Melayu ke luar negara, lebih-lebih lagi dalam suasana yang dianggap lebih sopan dan beridentiti.

Ada juga yang menyindir apabila budaya tempatan lebih dihargai di luar negara berbanding di tanah sendiri.

“Singapura negara bukan Islam buat pertunjukkan Melayu, Malaysia negara Islam buat pertunjukan telen (Thailand),” komen seorang pengguna dikenali sebagai Ayu_akashah.


“Pelancong Nak Tengok Budaya, Bukan Pesta Simbah Air”

Seorang lagi pengguna, Puanseroja11 pula berpandangan pelancong yang datang ke Pantai Timur sebenarnya mahu melihat adat resam dan budaya tempatan, bukannya hiburan yang menyerupai pesta luar negara.

“Pelancong tu datang nak tengok budaya adat resam orang Timur bukan nak tengok pesta hiburan macam tu kalau hiburan tempat depa pun banyak,” katanya.


Fenomena ini secara tidak langsung mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, terutama apabila ada yang membandingkan program hiburan di Malaysia dengan penganjuran budaya tradisional di luar negara.

Walaupun sekadar persembahan ringkas, dikir barat dalam dialek Kelantan itu dilihat sebagai simbol bahawa budaya Pantai Timur masih relevan dan mampu menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

View on Threads

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!