Main Puteri, Menora Dan Makyong Dihidupkan Semula Di Kelantan

Selepas tidak dipersembahkan secara terbuka sejak 1990-an, beberapa seni tradisi Kelantan kini kembali dihidupkan sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa pelancongan budaya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengetengahkan semula persembahan main puteri, menora dan makyong, yang suatu ketika dahulu tidak lagi dipentaskan kepada umum kerana didakwa mengandungi unsur khurafat dan bercanggah dengan syariat Islam.

Pelihara Warisan, Tarik Pelancong

Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris berkata, inisiatif itu bukan sekadar bertujuan memelihara identiti budaya masyarakat Kelantan, malah berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Pendekatan menghidupkan semula persembahan seni ini bukan sahaja bagi memulihara identiti budaya masyarakat negeri ini sejak sekian lama tetapi turut memberi peluang produk pelancongan yang menarik kehadiran pelancong tempatan dan antarabangsa," katanya selepas merasmikan Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Persembahan Ikut Garis Panduan

Mohd Amran menjelaskan semua persembahan akan dilaksanakan mengikut syarat dan garis panduan Enakmen Hiburan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Beliau berkata setiap negeri mempunyai keunikan budaya tersendiri yang wajar diperkenalkan kepada dunia, di samping memastikan warisan tersebut terus diwarisi oleh generasi muda agar tidak pupus.

Usaha Angkat Dikir Barat Ke Pentas Dunia

Beliau turut memaklumkan Malaysia kini mempunyai lapan seni budaya yang diiktiraf UNESCO sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara, termasuk Dondang Sayang, Makyong, Silat, Pantun, Upacara Wangkang, Seni Pembuatan Songket, Upacara Memondok (Pesta Ponggal) dan teater Mek Mulung.

Dalam masa sama, JKKN kini sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi dikir barat, sekali gus memperkukuhkan kedudukan seni tradisi tempatan di peringkat antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!