Nelayan Sabak gotong-royong tarik perahu kolek hadapi musim tengkujuh

Tradisi 70 tahun: Nelayan Sabak gotong-royong tarik perahu kolek hadapi monsun

Menjelang kemuncak Monsun Timur Laut (MTL), suasana di Pengkalan Perahu Kolek di Sabak kembali meriah apabila nelayan dan penduduk kampung berkumpul untuk tradisi tahunan menarik perahu kolek ke darat sebagai persiapan menghadapi musim laut bergelora, lapor Sinar Harian.

Nelayan, Nik Ruzullaili Nik Yusoff, 45, berkata tradisi itu sudah diamalkan lebih 70 tahun dan masih diteruskan walaupun jumlah perahu kolek semakin berkurangan.

3341208-topaz-face-upscale-2x

Foto: Sinar Harian | Adila Sharinni Wahid


“Dulu ada lebih 50 perahu, sekarang tinggal 22 sahaja. Tapi semangat gotong-royong itu tetap sama.

“Musim tengkujuh memang tak boleh turun ke laut, jadi inilah masa nak tarik naik, cuci dan baiki bot,” katanya.

Nik Ruzullaili yang juga Ketua Jaringan Perikanan Sabak dan Pulau Gajah memaklumkan, kerja menarik perahu bermula dengan menanggalkan enjin sebelum 30 hingga 40 orang bergilir menarik bot keluar dari sungai menggunakan tali dan buluh.

Menurutnya, keadaan air pasang siang memudahkan proses mendaratkan perahu kolek yang diperbuat daripada kayu cengal dan boleh mencecah satu hingga tiga tan setiap satu.

Sebanyak 22 perahu kolek ditarik oleh kira-kira 50 orang sejak jam 8 pagi, Sabtu.

“Batang kayu bakau, celagi dan kelapa disusun sebagai ‘landasan’, berfungsi macam roda ketika perahu ditarik.

“Kami tarik masa air pasang supaya perahu berada lebih tinggi di permukaan air,” jelasnya.

Selepas semua bot didaratkan, kerja membaik pulih termasuk mengecat bahagian bawah dan membaiki kerosakan dilakukan sehingga musim monsun berakhir sekitar Februari.

Bagi pemilik bot, Azmi Abdullah, 55, perahu kolek tidak boleh dibiarkan lama di dalam air kerana kayunya boleh reput dan bocor.

Katanya, pada musim tengkujuh nelayan akan berehat dan menggunakan masa untuk kerja pembaikan, menyebabkan tiga bulan tanpa pendapatan selain bergantung pada bantuan bulanan RM300 daripada kerajaan dan simpanan sedia ada.

“Empat anak saya masih sekolah, seorang di universiti, jadi kena berjimat,” katanya.

Sementara itu, nelayan berpengalaman lebih 55 tahun, Zakaria Abdullah, 68, menyifatkan perahu kolek bukan sekadar alat mencari rezeki, tetapi warisan yang perlu dipelihara.

Beliau berkata, perahu kolek miliknya sepanjang 11.28 meter dibeli dari Thailand pada awal 1990-an dengan harga RM5,000 sebelum dibaik pulih selama dua tahun yang menelan kos lebih RM20,000.

“Saya besarkan 12 anak hasil menaiki perahu kolek ini,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan