Tular video cara buat budu kotor, lelaki ini tampil beri penjelasan

KOTA BHARU – Budu bukan sekadar makanan, ia adalah warisan turun-temurun orang Pantai Timur. Namun, apabila video cara pembuatan budu tular di media sosial, ramai netizen mula merasa ragu-ragu. Ada yang menyifatkan ia tidak bersih, ada yang risau melihat kulat putih, malah ada yang mengaitkannya dengan telur lalat.

Mengulas perkara ini, pengguna Facebook Sadam Arffain tampil menjelaskan secara terperinci bagaimana budu sebenarnya dihasilkan serta mengapa kerisauan itu tidak berasas.

Berikut adalah perkongsian penuh beliau:


Menangis KKM kalau tahu cara pembuatan budu ni. 😭😭😭😭

Kalau sebut budu, orang Kelantan dan orang Terengganu mesti teringat nasi panas, budu dan ulam ulaman. Fuh memang boleh licin pinggan. Tapi bila ada video tular pasal cara buat budu, ramai pulak yang jadi risau. Ada yang cakap “eh tak bersih ni”, ada yang takut sebab nampak kulat putih, ada yang siap sebut pasal telur lalat lagi.
Siap nak suruh KKM 'melawat' lagi.

Benda ni sebenarnya normal je dalam dunia budu. Kita kena faham satu benda:
Budu bukan makanan kilang. Dia makanan peram tradisi, dah beratus tahun orang buat. Cara dia lebih kurang macam orang Jepun buat kicap, orang Korea buat kimchi, orang Perancis buat keju. Semua tu bau pelik, rupa pelik, tapi bila siap—jadi makanan mahal.

Macam mana budu dibuat?
Senang cerita, ikan bilis atau ikan selayang dicampur dengan garam. Banyak jugak tau penggunaan garam tu – kadang 20% lebih. Garam ni lah jadi bodyguard. Bila garam cukup, bakteria jahat tak boleh hidup. Yang tinggal bakteria baik je, dia lah yang kerja pecahkan isi ikan sampai jadi rasa 'umami'. Sebab tu budu sedap, sebab penuh hasil kerja bakteria baik tu. Macam vitagen.

Pasal kulat putih tu pulak.
Jangan cepat melatah kawan. Itu bukan racun, tapi yis/fermentasi semula jadi. Bila permukaan budu kena udara, dia keluar tompokan putih tu. Sama macam kimchi yang kita buka, kadang ada lapisan putih. Atau keju mahal kat luar negara tu – siap berkulat biru lagi orang makan. Jadi, jangan pelik kalau budu ada benda tu. Orang dulu siap kata lapisan putih tu jadi macam “selimut” yang jaga budu kat bawah. Lebih kurang macam Tempe yang kita makan tu lah.

Telur lalat?
Kalau orang peram budu betul betul, benda ni memang takkan jadi. Sebab tempayan budu biasanya ditutup—ada kain, ada penutup kayu, atau dilapik garam tebal kat atas. Garam ni pulak cukup power sampai kalau ada telur lalat pun, memang tak boleh survive. Jadi kalau tengok orang buat budu secara tradisional, jangan bayang tempayan tu terbuka macam longkang ya. Mereka jaga betul.

Sebenarnya.....
Kita yang skeptikal ni sebab dah terbiasa tengok makanan moden dalam plastik, dalam kilang stainless steel semua kilat-kilat. Budu pula cara dia “kampung” nampak kasar, nampak sempoi. Tapi jangan lupa, ia dah jadi makanan turun-temurun. Kalau betul tak selamat, dah lama pupus atau ditutup kilangnya.

Kesimpulan dia senang je:
Budu ni ada “ilmu” dia sendiri. Garam jadi pengawal, masa jadi cikgu, tangan orang lama jadi pengalaman. Jangan tengok luaran terus cop tak bersih. Sama je macam kita tengok keju berkulat biru, mula mula nampak geli tapi orang luar negara sanggup bayar mahal.

Kalau mereka boleh bangga dengan makanan fermentasi dorang, kenapa kita nak takut dengan budu—makanan tradisi kita sendiri?

#KelantanDaily

BACA JUGA: Terbang dari Melbourne ke Kota Bharu sebab rindu nak makan budu [VIDEO]

@makansedap.kelate

Kak Yah budu paye oyak kalu nok yang tak masin Kak Yah tak buat. Budu Kak Yah memang masin sebab takut bau busuk atau ore tua panggil budu bau kentut. #budu #kakyahbudupaye #tumpat #kelantanfoodie #makanankelantan

♬ original sound - Makan Sedap Kelate - Makan Sedap Kelate
Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
By KD | |
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan kos…
Golok Ukiran Kepala Burung Simbol Legasi Pertukangan Besi Kelantan
By KD | |
Minat mendalam terhadap seni pertukangan besi tradisional mendorong seorang pesara…
Dari Pasar Siti Khadijah Ke Spa Moden, Mandi Bunga Masih Popular Di Kelantan
By KD | |
Di Sebalik Haruman Bunga, Ada Tradisi Lama Yang Masih Hidup…

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!