CEO KRW dedah media sosial kelab digodam individu dari ‘kelab lama’

CEO KRW dedah media sosial kelab digodam, janji stabilkan pasukan

KOTA BHARU – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Red Warriors (KRW), Wan Mohd Fajarul Ekram menegaskan pihaknya komited untuk terus menguruskan kelab dengan baik meskipun berdepan cabaran termasuk isu media sosial kelab yang digodam.

Menurut beliau, pihaknya masih baru dalam arena bola sepak, namun tekad utama adalah menjaga kebajikan semua individu yang berada di bawah kelab serta penyokong setia KRW.

“Ya, kami masih baru, masih mentah, tapi kami tahu erti kemanusiaan. Kami terjun ke dunia bola sepak ini untuk selamatkan kelab, kebajikan semua orang bawah kelab ini dan untuk rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Wan Mohd Fajarul turut menjelaskan bahawa pihak pengurusan baharu KRW telah bersetuju mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab menguruskan kelab termasuk platform media sosial rasmi.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terdapat individu yang pernah terlibat sejak zaman zamsaham (Pemilik Kelantan FC) kelab sebelum ini telah bertindak menggodam akaun media sosial KRW.

“Tiba masa semuanya selesai, ada salah seorang dari mereka ini dari zaman zam saham lagi dan telah godam medsos KRW,” katanya lagi.

Dalam masa sama, pihak pengurusan kini sedang menyiapkan saluran media sosial baharu untuk kegunaan rasmi kelab.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan keadaan KRW kini dalam keadaan stabil dan harmoni, sementara pemain-pemain pula berada dalam fasa persiapan menjelang aksi menentang Selangor FC 2.

“Kami faham proses ambil alih ini memerlukan masa dan ada cabarannya, tapi kami tetap yakin ini adalah proses yang perlu dilalui,” ujarnya.

#KelantanDaily

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!