Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super

Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap pra musim yang bakal menjadi medan penting buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim sebelum mengharungi cabaran Liga Super 2026/27.

Siri persiapan itu menggabungkan sesi latihan terbuka menerusi Jelajah Daerah Terpilih serta beberapa aksi persahabatan menentang pasukan tempatan dan kelab Liga Super.

Antara perlawanan yang paling mencuri perhatian ialah aksi menentang Melaka FC pada 1 Ogos di Stadium Sultan Muhammad IV serta Kuching City FC pada 10 Ogos di Padang Bola Sepak Mindef, Kuala Lumpur.

Selain itu, KRW FC turut dijadualkan menentang USM Penang FC (4 Ogos), Armed Forces FC (12 Ogos), Nasrom FC (18 Ogos) dan PBJ Tumpat (29 Julai).

Dalam masa sama, pasukan turut mengadakan sesi latihan bersama penyokong menerusi Jelajah Daerah Terpilih di Ketereh (28 Julai), Machang (7 Ogos) dan Gua Musang (13 Ogos).

Jadual ini dijangka memberi peluang kepada barisan kejurulatihan menilai tahap kecergasan pemain, menguji kombinasi terbaik serta memberi minit permainan kepada pemain baharu sebelum saingan Liga Super membuka tirainya.

KRW FC kembali beraksi di Liga Super musim ini selepas diberikan slot menyertai saingan musim 2026/27 dan kini giat memperkemaskan persiapan bagi menghadapi cabaran di pentas tertinggi bola sepak negara.

jadual pra musim Kelantan Red Warrior FC

Foto: Kelantan Red Warrior FC

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!