Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan

Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel di Lubnan yang disifatkan Tehran sebagai pelanggaran terhadap perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Asia Barat.

Menurut kenyataan pusat pemerintahan tentera Iran, keputusan itu dibuat selepas mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian oleh AS serta pencabulan berterusan gencatan senjata di selatan Lubnan oleh Israel.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia bagi penghantaran minyak dan gas.

Pertempuran Kembali Memuncak Di Lubnan

Terdahulu, tentera Israel dilaporkan bertempur dengan pejuang Hizbullah, manakala pesawat pejuangnya melancarkan beberapa serangan di selatan Lubnan.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas AS mengumumkan gencatan senjata baharu antara kedua-dua pihak.

Perkembangan tersebut dilihat menjejaskan perjanjian yang dimeterai minggu ini antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bagi menghentikan konflik serantau termasuk di Lubnan.

Laluan Minyak Global Kembali Terjejas

Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak dan gas dunia sebelum ini telah ditutup Iran sepanjang tempoh perang.

Iran kemudiannya bersetuju membuka semula laluan tersebut menerusi perjanjian awal dengan AS, sekali gus membolehkan trafik perkapalan kembali pulih dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun, pengumuman terbaharu Tehran dijangka kembali memberi kesan kepada pasaran tenaga global.

Rundingan Ditangguhkan

Rundingan susulan antara AS dan Iran yang dijadual berlangsung di Switzerland semalam turut ditangguhkan tanpa tempoh baharu ditetapkan.

Penangguhan itu berlaku selepas Israel melancarkan siri serangan di Lubnan susulan kematian empat tenteranya dalam pertempuran.

Dalam perkembangan sama, seorang pegawai AS mengumumkan gencatan senjata baharu antara Israel dan Hizbullah yang diusahakan oleh pengantara dari AS dan Qatar.

Puluhan Terbunuh Dalam Serangan

Media kerajaan Lubnan melaporkan serangan udara Israel menyasarkan kira-kira 20 lokasi di negara itu.

Agensi pertahanan awam Lubnan memaklumkan seramai 16 orang terbunuh di kawasan Nabatieh.

Kementerian Kesihatan Lubnan pula melaporkan tujuh lagi maut dan 13 cedera dalam serangan ke atas sebuah kampung berhampiran bandar Sidon.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan
|
Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel…
Dua Sepupu Remaja Hilang Selepas Keluar Bersiar-Siar Di Kota Bharu
|
Dua remaja perempuan yang juga pasangan sepupu dilaporkan hilang…
Sikap Tamak Punca Pelabur Kelantan Rugi RM5.18 Juta Terperdaya Sindiket Penipuan
|
Sikap tamak dan keinginan untuk meraih keuntungan lumayan dalam…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!