Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Kelantan, Terengganu Hingga Jumaat

Penduduk di tujuh kawasan di Kelantan diminta berwaspada susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hingga Jumaat ini.

Amaran sama turut melibatkan seluruh negeri Terengganu sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut kenyataan MetMalaysia pada 24 November, kawasan di Kelantan yang terlibat ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.

Luruan Angin Timuran Dijangka Bawa Hujan Berterusan

MetMalaysia memaklumkan, analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan luruan angin timuran dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung hingga Jumaat ini.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan berterusan di Kelantan dan Terengganu sepanjang tempoh berkenaan.

928147699_3741990562620997_9122988242275399391_n


Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini menerusi laman sesawang serta media sosial rasmi MetMalaysia.

Maklumat juga boleh diperoleh melalui aplikasi mudah alih myCuaca.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!