Pondok Air Ketum Beroperasi Dua Tahun Di Tumpat Diserbu, Tiga Lelaki Ditahan

Sebuah pondok yang dipercayai dijadikan lokasi memproses, menyimpan dan menjual air ketum sejak kira-kira dua tahun lalu di Kampung Kubang Bemban, Tumpat diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin.

Dalam serbuan Op Taring Wawasan kira-kira jam 1.30 petang itu, tiga lelaki berusia antara 38 hingga 51 tahun ditahan ketika berada di pondok berkenaan.

15 Liter Air Ketum Dirampas

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota Strike Force Sektor C Pengkalan Kubor yang menjalankan rondaan mengesan ketiga-tiga suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dalam pondok tersebut menemukan 15 liter air ketum, tiga kilogram daun ketum serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses bahan berkenaan.

“Turut dirampas dua periuk, sebuah kotak gabus, satu unit dapur bersama hos dan dua tong gas dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,130.

“Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.

Dakwa Untuk Kegunaan Sendiri

Ahmad Radzi berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek mendapati mereka negatif dadah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku merebus air ketum di pondok tersebut untuk kegunaan sendiri sejak tahun 2024 selain menjadi lokasi rakan-rakan mereka mendapatkan minuman berkenaan.

Beliau berkata, daun ketum yang digunakan dipercayai diperoleh dengan mengutipnya di sekitar kawasan pondok terbabit.

Diserah Kepada Polis Untuk Tindakan Lanjut

Kesemua suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut.

PGA memaklumkan rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan di kawasan sempadan serta lokasi berisiko bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dan penjualan air ketum.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!