Bekas Atlet Para Kelantan Ukir Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Ukiran Kayu

Kekurangan fizikal tidak menghalang bekas atlet para Kelantan, Mazri Mohamed untuk terus berkarya menghasilkan pelbagai ukiran kayu sehingga berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Mazri, 55, yang pernah menyertai acara lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing berkata, minat terhadap seni ukiran kayu bermula sejak usia remaja sebelum berkembang menjadi sumber pendapatan utama keluarganya.

Bekas Atlet Para Kelantan Ukir Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Ukiran Kayu 4


Menurutnya, pada awalnya dia hanya menjadikan ukiran kayu sebagai hobi sebelum melihat potensi besar bidang warisan itu untuk terus dikembangkan.

“Selepas beberapa tahun mendalami ilmu ukiran kayu, saya mula memberanikan diri mengambil tempahan pertama daripada penduduk kampung untuk menghasilkan ukiran pada struktur tangga,” katanya.

Mazri yang lumpuh kaki kiri akibat demam panas ketika berusia enam tahun kini memiliki bengkel sendiri di Kampung Pulau Pisang Hilir.

Bekas Atlet Para Kelantan Ukir Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Ukiran Kayu 3


Bapa kepada lima anak itu berkata, dia pernah menghasilkan pelbagai jenis ukiran termasuk mimbar masjid, rehal al-Quran, alat muzik dikir barat, pintu ukiran dan hiasan rumah tradisional Melayu.

Lebih membanggakan, hasil seni ukirannya turut mendapat perhatian tokoh terkenal termasuk Mahathir Mohamad, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kerabat diraja.

Malah, sekitar 10 tahun lalu, beliau turut diberi kepercayaan menghasilkan ukiran kayu pada tangga Istana Balai Besar.

Menurut Mazri, setiap ukiran mempunyai cabaran tersendiri terutama kerana keadaan fizikalnya yang membataskan pergerakan.

Bekas Atlet Para Kelantan Ukir Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Ukiran Kayu 2


“Ada ukiran dapat disiapkan dalam tempoh dua atau tiga hari, tetapi ada juga yang mengambil masa sehingga dua minggu bergantung kepada tahap kerumitan,” katanya.

Antara motif yang sering mendapat permintaan pelanggan ialah bunga raya, daun sirih dan pohon hayat yang sinonim dengan identiti seni budaya Melayu.

Selain aktif menghasilkan ukiran, Mazri juga pernah menyertai beberapa pertandingan seni ukiran di luar negara termasuk di Korea pada tahun 2000 dan India pada 2009.

Pencapaian paling membanggakan apabila beliau meraih tempat ketiga dalam pertandingan 7th International Abylimpics di Shizuoka pada tahun 2007 menerusi ukiran kayu bunga sakura.

Mazri berharap seni ukiran kayu tradisional terus dipelihara dan diwarisi generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Wanita Maut, Lima Cedera Dalam Nahas Alphard Dan Bezza Di Kuala Krai
|
Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera termasuk dua…
Bekas Atlet Para Kelantan Ukir Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Ukiran Kayu
|
Kekurangan fizikal tidak menghalang bekas atlet para Kelantan, Mazri…
5 Tip Simpan Daging Korban Supaya Kekal Segar Lebih Lama Elak Cepat Rosak
|
Setiap kali Aidiladha, isu biasa yang sering berlaku di…
Ini Cara Sebenar Pembahagian Daging Korban Mengikut Panduan JAKIM
|
Setiap kali tiba Aidiladha, antara persoalan yang sering timbul…
“Hebat Negeri Kelantan Masih Budayakan Jawi Dalam Design”
|
Satu perkongsian di Threads mengenai papan iklan yang menggunakan…
Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!