Kebun anggur di Tumpat bakal jadi tarikan agropelancongan baharu Kelantan

TUMPAT – Sebuah kebun anggur yang diusahakan anak tempatan di Wakaf Bharu bakal menjadi destinasi agropelancongan baharu berkonsepkan ‘petik dan nikmati’, menyerupai pengalaman di kebun strawberi Cameron Highlands.

Menurut laporan Sinar Harian, pemiliknya, Wan Yusoff Abdul Rahman, 41, berkata projek berkenaan kini di peringkat akhir kelulusan pihak berkuasa sebelum kerja pembinaan bermula.

“Projek ini kini berada pada fasa akhir kelulusan pihak berkuasa sebelum kerja pembinaan dimulakan. Ia membabitkan pembinaan beberapa fasiliti dan dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan,” katanya.

Menurutnya, projek tersebut dibangunkan selepas menerima Geran Usahawan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berjumlah RM169,075 pada Julai lalu.

Katanya, projek itu akan menggabungkan elemen pertanian dan pelancongan dengan pembinaan dua unit penginapan, sebuah dewan seminar dan sebuah kafe bertemakan produk anggur bagi kemudahan pelawat serta peserta kursus.

“Pengunjung boleh memasuki kawasan kebun anggur untuk menikmati suasana dan bergambar. Jika mahu memetik buah pun boleh, sama seperti aktiviti memetik strawberi di Cameron Highlands,” ujarnya.

Kafe yang bakal beroperasi dalam kawasan kebun turut mengetengahkan pelbagai produk berasaskan anggur termasuk jus, kek dan biskut sebagai usaha memperkenalkan hasil tempatan kepada pengunjung.

Selain itu, kawasan sekitar juga akan dihias dengan landskap dan ruang foto bagi menambah nilai tarikan visual kepada pelancong dari dalam dan luar negeri.

Menariknya, kebun tersebut menempatkan lebih 40 varieti anggur dari Jepun, Ukraine dan Amerika Syarikat termasuk jenis Cras Sava dan Mustard yang menghasilkan buah berwarna ungu kemerahan, hijau serta merah.

Wan Yusoff berkata, projek yang bermula sebagai hobi dengan modal tidak sampai RM2,000 kini berkembang menjadi usaha komersial di atas tanah terbiar yang disewa selama 15 tahun.

“Matlamat saya bukan sekadar menghasilkan buah, tetapi menjadikan kebun ini sebagai lokasi pembelajaran dan tarikan agropelancongan baharu di Kelantan.



Projek ini juga dijangka membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat seiring usaha kerajaan memperkukuh pelancongan berasaskan pertanian dan komuniti,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!