Kahwin Usia 14 Tahun, Wanita Ini Bangkit Ambil SPM Dan Raih 2A

Impian seorang wanita untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menyambung pelajaran ke menara gading tidak pernah padam walaupun berkahwin muda dan berhenti sekolah sejak usia 15 tahun.

Buktinya, Ummul Afifah Husna Mansor, 24, yang menetap di Paka, Dungun, mengambil langkah berani apabila mendaftar sebagai calon persendirian SPM tahun lalu dan berjaya memperoleh keputusan 2A 4B.

Menurut Ummul Afifah Husna, dia berkahwin seawal usia 14 tahun manakala suaminya, Azri ketika itu berusia 17 tahun. Dia bersyukur dengan keputusan tersebut walaupun membuat persediaan dalam tempoh singkat iaitu kurang empat bulan.

Ummul Afifah Husna


Katanya, perjalanan untuk kembali belajar bukan mudah, namun suaminya yang kini berusia 27 tahun banyak membantu terutama dalam menguruskan tiga anak mereka yang berusia empat, enam dan sembilan tahun.

“Ada yang tanya kenapa nak bazir duit dan buang masa ambil SPM sedangkan sudah berkeluarga. Saya pun pernah beberapa kali tangguhkan hasrat itu kerana pernah tak nampak keperluannya memandangkan sudah berada di zon selesa,” katanya kepada Harian Metro.

Ummul Afifah Husna 2


Namun katanya, satu peristiwa benar-benar menyentak semangatnya apabila dia membawa anak berjumpa doktor dan diberi surat untuk rujukan ke bahagian kecemasan.

Menurutnya, doktor berkenaan memberitahu jika mahu menerangkan penyakit anak pun dia mungkin tidak faham kerana tahap pelajarannya, sekali gus membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk menduduki SPM.

Selain itu, Ummul Afifah Husna berkata dia turut tercabar apabila melihat rakan yang juga berkahwin muda kini berjaya menjadi jururawat di sebuah hospital di Australia selepas tamat pengajian.

Selepas memperoleh keputusan SPM, Ummul Afifah Husna merancang menyambung pengajian jarak jauh (PJJ) peringkat diploma dalam jurusan Sains Komputer.

Sementara menunggu tawaran, dia mahu mengisi masa dengan mengikuti kursus jangka pendek dan mencari peluang pekerjaan bersesuaian selepas tamat pengajian kelak.

“Bagi saya belum terlambat untuk sambung belajar kerana saya pun baru berusia awal 20-an. Anak pun semakin membesar jadi tak sabar rasanya nak sambung belajar dan masuk alam pekerjaan,” katanya.

Bercerita mengenai perkahwinan pada usia muda, Ummul Afifah Husna berkata dia berkenalan dengan suaminya ketika berusia 13 tahun menerusi satu aplikasi sembang, sebelum Azri mengajaknya berkahwin selepas dua minggu berkenalan.

Ummul Afifah Husna 3



Katanya, perkahwinan mereka berlaku dengan pengetahuan keluarga dan mengikut undang-undang, malah urusan pernikahan dipermudahkan dengan kehadiran bapa kandung, bapa mentua, bapa tiri serta abang kandung.

Selepas berkahwin, mereka tinggal di rumah sewa dan suaminya meneruskan pelajaran sehingga semester lima Diploma Kejuruteraan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), namun tidak dapat menamatkan pengajian kerana anak sakit.

Ummul Afifah Husna berkata dia tidak menyesal berkahwin muda kerana bertemu suami yang bertanggungjawab.

Katanya, ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun manakala ibunya pula seorang OKU, menyebabkan perkahwinan awal sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban keluarga.

Dia turut bersyukur kerana suaminya bersedia membantu menanggung yuran pengajian, sekali gus membuatkan dia tidak perlu membuat pinjaman.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!