Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki serta menghasilkan gambar pornografi.

Tertuduh, Muhammad Faiz Muhamad Ramly, 31, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah madrasah di Jeli antara jam 1.10 tengah hari hingga 5 petang pada 9 Mei 2026.

Didakwa Libatkan Seorang Lagi Kanak-Kanak

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia enam tahun selain menghasilkan gambar pornografi melibatkan mangsa tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jeli pada Mei tahun lalu.

Ketiga-tiga pertuduhan amang seksual fizikal itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pertuduhan menghasilkan gambar pornografi kanak-kanak pula dibuat mengikut Seksyen 5 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan.

Mahkamah Tolak Jaminan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Nai'lah Harizan manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Zaem Ab Aziz.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Makmal Bertaraf Global Dibuka, Kelantan Sasar Jadi Hab Industri REE Lengkap
|
Kelantan menyasarkan pembangunan rantaian industri unsur nadir bumi bukan…
Lelaki Dicekup Selepas Diekori 30KM, 1.2 Tan Minyak Masak Subsidi Dirampas
|
Taktik seorang lelaki membawa hampir 1.2 tan minyak masak…
Warga Emas Panjat Pagar 2 Meter Selamatkan Diri Dan Cucu Ketika Rumah Terbakar Di Tumpat
|
“Entah dari mana datangnya kekuatan itu…”Itu luahan seorang warga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!