Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Tujuh Bulan Di Sebuah Taska

Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong, minggu lalu.

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, 28, menundukkan kepala dan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh bayi dikenali sebagai Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska di Bandar Kinrara antara jam 9.30 hingga 10.40 pagi, pada 5 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.

Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 14 Julai depan untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Turut hadir dalam prosiding itu, peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Nur Syakirah Nor Azam Shah.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Dua Wanita Direman, Disyaki Kurung Rakan, Seksa, Samun Dan Dipaksa Berbogel Di Johor
|
Dua wanita termasuk seorang suri rumah direman enam hari…
Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Tujuh Bulan Di Sebuah Taska
|
Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari…
Wakil Rakyat Tular Bermain ‘Game’ Dan Merokok Ketika Mesyuarat Berkaitan Kesihatan
|
Nama Ahmad Syahri Assidiqi kini menjadi perhatian warga Indonesia…
Amir Raja Lawak Tak Malu Jual Besi Buruk, Tegur Sikap Suka Minta Bantuan Tanpa Berusaha
|
Pelawak Amir Raja Lawak menegur sikap segelintir individu yang…
[VIDEO] Ibu Ayah Tertuduh Tengok Anak Basuh Kereta Dari Tengah Malam Sampai Ke Pagi
|
Tragedi kematian seorang mahasiswi yang ditemukan tidak bernyawa di…
Harga Makanan Dijangka Naik Separuh Kedua Tahun Ini – Mohamad Sabu
|
Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat pada separuh kedua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!