Upah RM50 Bawa Masuk RXZ Dari Thailand, Dua Remaja Dicekup PGA Di Tumpat

Tindakan dua lelaki tempatan mengambil upah hanya RM50 untuk membawa masuk motosikal Yamaha RXZ dipercayai diseludup dari Thailand membawa padah apabila mereka dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat pada Ahad.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 21 tahun itu ditahan ketika menunggang serta menunda dua motosikal Yamaha RXZ berwarna merah tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan berhampiran Bulatan Jam Kampung Bendang Pak Yong kira-kira jam 1.30 pagi.

Dikesan Tunda RXZ Tanpa Nombor Pendaftaran

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dilakukan oleh anggota Strike Force Sektor C Pengkalan Kubor, Kompeni A Batalion 7 PGA Kuantan menerusi Op Taring Wawasan dengan bantuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tumpat.

Menurut beliau, ketika rondaan bermotosikal dijalankan, anggota mengesan sebuah motosikal Yamaha RXZ menunda sebuah lagi motosikal jenis sama tanpa nombor pendaftaran.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek tidak menemui sebarang barangan salah, namun semakan pada nombor enjin motosikal mendapati kenderaan itu tidak didaftarkan di Malaysia dan dipercayai dibawa masuk dari Thailand secara tidak sah,” katanya.

Suspek Mengaku Ambil Dari Pangkalan Haram

Ahmad Radzi berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku mengambil motosikal terbabit yang dibawa masuk melalui sungai berhampiran pangkalan haram Poksu Roni di Tumpat.

Beliau memaklumkan, kedua-dua suspek dipercayai menerima upah sebanyak RM50 bagi kerja membawa motosikal tersebut.

Dua RXZ Bernilai RM10,000 Dirampas

Ujar beliau, dua motosikal Yamaha RXZ berwarna merah yang dianggarkan bernilai RM10,000 turut dirampas untuk tindakan lanjut.

Kes diserahkan kepada JKDM Pengkalan Kubor dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Bantu Tukar Tayar Treler Pancit Di LPT 1
|
Seorang mekanik menemui ajal dalam kejadian tragis apabila dirempuh…
[VIDEO] Pelajar Terlibat Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Sekolah Di Kampung Pek, Machang
|
[DIKEMASKINI] Satu video memaparkan kemalangan jalan raya dipercayai melibatkan…
Lelaki Direman Tujuh Hari, Didakwa Bakar Jari, Pijak Perut Dan Cekik Anak Tiri 5 Tahun
|
Seorang lelaki yang juga pemotong kayu direman selama seminggu…
Bekalan Air Kritikal, Lebih Separuh Pesawah Kelantan Dijangka Tak Tanam Padi
|
Lebih 50 peratus daripada kira-kira 7,000 pesawah di Kelantan…
Adik 13 Tahun Tengah Demam, Abang Kandung Sanggup Perkosa Di Tanah Merah
|
Seorang abang sulung dihukum penjara 18 tahun dan 20…
Upah RM50 Bawa Masuk RXZ Dari Thailand, Dua Remaja Dicekup PGA Di Tumpat
|
Tindakan dua lelaki tempatan mengambil upah hanya RM50 untuk…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!