Masih Ramai Yang Degil, Lintas Sempadan Secara Haram

PASIR MAS – Cubaan merentas sempadan secara haram terus dikesan apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 berjaya menahan empat individu dalam dua kejadian berasingan di Kelantan semalam menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Dalam kejadian pertama pada jam 3.30 petang, tiga lelaki Melayu berusia 22 hingga 24 tahun ditahan di Pengkalan Haram MCA, Rantau Panjang selepas dikesan memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Beberapa jam kemudian, pada jam 6 petang, seorang wanita Melayu berusia 23 tahun turut diberkas di Pengkalan Haram Perdah 1, Jeram Perdah, atas kesalahan sama.

Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen keluar masuk negara yang sah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63.

Pihak PGA menegaskan operasi penguatkuasaan di kawasan sempadan akan terus dipertingkat bagi mengekang kegiatan rentas sempadan haram yang masih berleluasa.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Suspek Kes Tembak Penjaga Lembu Felda Kemahang 1
|
Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini menolak permohonan reman…
Jawatan Kosong Kelantan