TDM Patahkan Cubaan Seludup 32 Ekor Lembu Waktu Sahur

Cubaan sindiket penyeludupan membawa masuk 32 ekor lembu dari Thailand gagal apabila tiga lelaki ditahan dalam serbuan di tebing Sungai Golok, Rantau Panjang, pagi tadi.

Serbuan kira-kira jam 5.15 pagi itu dilakukan anggota Tentera Darat Malaysia ketika menjalankan rondaan di kawasan tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged).

Menurut kenyataan Divisyen Kedua Infantri Malaysia, pasukan operasi pada awalnya mengesan tujuh lelaki membawa lembu menyeberangi Sungai Golok dari Thailand ke negara ini.

Turut dikesan 10 lelaki bersama sebuah lori yang dipercayai menunggu untuk memindahkan haiwan ternakan berkenaan.

“Anggota tentera bertindak mengepung kawasan tersebut sebelum menahan tiga lelaki berusia antara 36 hingga 43 tahun, manakala selebihnya sempat melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke sempadan Thailand.

“Sebanyak 32 ekor lembu tanpa dokumen sah, sebuah lori jenis Isuzu, sebuah kereta Proton Saga dan lima motosikal dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM448,350 turut dirampas,” menurut kenyataan itu.

Laporan berhubung rampasan dibuat di Balai Polis Lubok Stol.


Kesemua lembu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut, manakala kes penyeludupan disiasat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!