Pagar Kawat Duri Sempadan Kelantan-Thailand Dirosakkan Sejak Mac

Kira-kira lima meter pagar kawat duri jenis concertina di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dilaporkan dirosakkan sejak Mac lalu, dipercayai angkara penyeludup sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memudahkan kegiatan membawa masuk barangan itu secara haram dari negara jiran.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kerosakan itu dikesan di tiga pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, kawasan Rantau Panjang.

Menurut beliau, pangkalan terbabit dikenali sebagai ‘Pangkalan Haram Abe Li’, ‘Pangkalan Haram Salleh’ dan ‘Pangkalan Haram Kak Mah’.

Dipotong Berulang Kali

Ahmad Radzi berkata, pihaknya mengenal pasti pagar kawat duri concertina berkenaan dipotong atau dirosakkan secara berulang kali.

“Kita telah mengenal pasti tiga pangkalan haram di mana kira-kira lima meter pagar kawat duri concertina telah berulang kali dipotong atau dirosakkan, dipercayai dilakukan oleh penyeludup buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Kejadian itu dikesan pada 27 dan 28 Mac lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara Batalion Kesembilan dan Batalion Ketujuh di Pengkalan Kubor, hari ini.

210 Kes Seludup, Rampasan Lebih RM13 Juta

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Batalion Kesembilan berjaya membanteras 210 kes penyeludupan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Katanya, rampasan keseluruhan direkodkan bernilai lebih RM13 juta bagi tempoh 26 Mac hingga 9 Mei tahun ini.

Selain itu, sebanyak 123 kenderaan turut dirampas sepanjang operasi tersebut, manakala 403 individu yang kebanyakannya penyeludup ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti penyeludupan rentas sempadan.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Ketua Jurulatih Senegal Tegas Utamakan Kewajipan Solat
|
Ketika ramai pasukan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi…
Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!