Aktiviti pusat hiburan di Sungai Golok turun 85 peratus sejak larangan rentas sempadan haram

KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata sejak beliau mengisytiharkan larangan rentas sempadan melalui jalan tidak diwartakan di sepanjang Sungai Golok, keadaan keselamatan di kawasan itu kekal terkawal hasil pemantauan harian oleh Cawangan Khas.

Beliau berkata tindakan itu memberi kesan positif, apabila kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand secara haram menurun hampir 90 peratus berbanding sebelum ini.

“Hasil maklumat daripada rakan sejawatan di selatan Thailand menunjukkan penurunan ketara aktiviti di sempadan, termasuk kira-kira 85 peratus pusat hiburan di Sungai Golok di selatan Thailand yang dilaporkan telah berkurangan, malah banyak premis perniagaan di kawasan itu turut ditutup,” katanya.

Polis Kelantan menguatkuasakan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram di Sungai Golok, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak 1 Disember tahun lalu.

Rakyat Malaysia yang didapati memasuki Thailand melalui laluan tidak diwartakan boleh ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.

“Sejak larangan rentas sempadan secara haram yang diumumkan, ia memberi impak dalam mengekang kemasukan rakyat kita ke Thailand secara haram, malah kegiatan jenayah seperti penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia turut menunjukkan trend penurunan,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, hasil penguatkuasaan itu, polis merekodkan rampasan kontraban bernilai RM275.4 juta membabitkan 1,335 kes dari Januari hingga September tahun ini.



Sepanjang tempoh sama, sebanyak 62 kes jenayah rentas sempadan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen turut direkodkan, dengan 104 individu ditahan kerana cuba memasuki Thailand secara haram.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!