Perobohan 216 Jeti Haram Di Sungai Golok Dijangka Selesai Mac Ini

Kerja-kerja merobohkan sebanyak 216 jeti haram yang dibina di atas tanah kerajaan di sepanjang sempadan Malaysia–Thailand di Sungai Golok dijangka selesai sepenuhnya pada Mac ini.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Datuk Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz, berkata setakat ini 25 pangkalan haram melibatkan jeti berstruktur telah berjaya dirobohkan sejak operasi tersebut bermula pada 28 Oktober lalu.

Menurut beliau, pelaksanaan operasi perobohan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu pada hujung Disember lalu berikutan kejadian banjir.

“Kita jangka operasi itu akan selesai pada Mac ini. Terdapat 96 pangkalan haram berstruktur, manakala selebihnya merupakan jeti tidak berstruktur.

“Buat masa ini, kerja-kerja perobohan hanya melibatkan jeti berstruktur yang dibina di atas tanah milik kerajaan, manakala jeti haram di atas tanah persendirian masih belum dirobohkan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Pak Teh Kana di Kampung Tersang.

Beliau turut memaklumkan bahawa operasi perobohan pangkalan haram di Sungai Golok itu dijalankan hasil kerjasama pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan negeri bagi mengekang aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa operasi perobohan jeti haram di sepanjang Sungai Golok bermula pada 28 Oktober lalu, dengan pangkalan haram Gergaji dan MCA menjadi perintis kepada tindakan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata operasi berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan melibatkan 223 pangkalan haram dari Pengkalan Kubor hingga Jeli.

Menurutnya, 216 pangkalan haram dibina di atas tanah kerajaan, manakala tujuh lagi berada di atas tanah persendirian.



“Perkara ini sudah hampir setahun dimaklumkan dan masyarakat kini mula memahami tujuan operasi ini dijalankan. Justeru, semua penduduk diharap dapat memberi kerjasama sepanjang pelaksanaan operasi tersebut,” katanya.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!