Kaki Sebelah Pendek Akibat Barah, Suami Ubah Suai Selipar Demi Isteri Tunai Haji

Bermula dengan sepasang selipar yang dibaiki sendiri, tersingkap kisah menyentuh hati tentang pengorbanan seorang suami yang setia menemani isterinya menunaikan ibadah haji walaupun diuji dengan penyakit kanser tahap empat.

Rossilawati Abdul Razak, 65, seorang wanita dari Seri Kembangan yang sedang bertarung dengan kanser rektum tahap empat, tetap menggagahkan diri menjejakkan kaki ke Tanah Suci ditemani suaminya, Kamaruzaman Othman, 66.

Pasangan yang sudah 41 tahun hidup bersama itu membuktikan perjalanan mereka bukan sekadar ibadah, tetapi lambang cinta, kesetiaan dan kekuatan jiwa dalam menghadapi ujian kehidupan.

Selipar Putus Di Madinah, Suami Buat DIY Demi Isteri

Ketika berada di Madinah, kasut khas yang digunakan Rossilawati untuk mengimbangi kakinya tiba-tiba putus.

Dalam keadaan sukar mendapatkan pengganti yang sesuai, Kamaruzaman tidak sanggup melihat isterinya menahan kesakitan lalu mengambil inisiatif membaiki sendiri selipar itu dengan cara DIY.

“Saya buat sendiri tapak selipar ini. Saya lekatkan selipar asal dengan empat lagi selipar yang sama supaya dia boleh berjalan seimbang.

“Kaki isteri saya pendek sebelah sebab kanser sudah merebak ke tulang paha hingga menyebabkan tulangnya reput. Jadi memang dia perlukan selipar macam ini,” katanya.

Rayuan Haji Tiga Tahun Akhirnya Dimakbulkan

Menurut Kamaruzaman, peluang mereka untuk menunaikan ibadah haji pada awalnya dilihat sangat tipis berikutan keadaan kesihatan isterinya yang tidak menentu.

Katanya, mereka pernah membuat rayuan haji selama tiga tahun berturut-turut tetapi tidak berjaya.

“Memang kami pernah membuat rayuan haji selama tiga tahun berturut-turut, tetapi tidak berjaya. Mungkin waktu itu ALLAH rasa kami belum bersedia.

“Sebab itu bila keluar tawaran, barulah kami yakin ini benar-benar jemputan ALLAH,” ujarnya.

Pernah Jalani 25 Sesi Rawatan, Berat Turun Mendadak

Rossilawati pula mengimbau saat disahkan menghidap kanser pada penghujung 2014 yang disifatkan sebagai fasa paling gelap dalam hidupnya.

Dia mengakui pernah menjalani 25 sesi radioterapi dan kemoterapi yang sangat memeritkan.

“Masa itu saya rasa macam bangkai bernyawa, macam tengkorak bergerak sebab terlalu kurus. Berat badan saya turun daripada 80 kilogram kepada hanya 42 kilogram,” katanya sebak.

Walaupun dikategorikan sebagai pesakit berisiko tinggi, Rossilawati tetap bersyukur apabila pemeriksaan lanjut mendapati keadaan jantungnya stabil dan dia disahkan layak menunaikan haji.

Difahamkan, dia juga perlu menggunakan beg kolostomi serta menjalani rawatan berkala termasuk pemasangan stent pada saluran kencing akibat komplikasi buah pinggang.

“Macam Honeymoon Semula”

Selepas lebih empat dekad melayari bahtera perkahwinan, perjalanan ke Tanah Suci itu disifatkan menghidupkan kembali rasa kasih yang sekian lama dipupuk bersama.

“Bila sampai sini, hubungan itu rasa makin rapat, macam ‘honeymoon’ semula,” kata Kamaruzaman sambil tersenyum.

Bagi Rossilawati pula, peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci dalam keadaan dirinya hari ini sesuatu yang tidak pernah disangka.

“Saya rasa macam mimpi dengan keadaan saya macam ini, ALLAH masih izinkan saya sampai ke sini,” katanya dengan mata berkaca.

Dia turut menzahirkan penghargaan kepada suaminya yang tidak pernah jemu berada di sisi sepanjang perjuangannya melawan kanser.

“Kalau tak ada suami saya, saya rasa saya pun mungkin sudah tiada. Saya sangat berterima kasih,” katanya sebak.


Sumber: Sinar Harian, Kisah Dunia

SHARE:

TERKINI

Mekanik Maut Dirempuh Lori Ketika Bantu Tukar Tayar Treler Pancit Di LPT 1
|
Seorang mekanik menemui ajal dalam kejadian tragis apabila dirempuh…
[VIDEO] Pelajar Terlibat Kemalangan Ketika Perjalanan Ke Sekolah Di Kampung Pek, Machang
|
[DIKEMASKINI] Satu video memaparkan kemalangan jalan raya dipercayai melibatkan…
Lelaki Direman Tujuh Hari, Didakwa Bakar Jari, Pijak Perut Dan Cekik Anak Tiri 5 Tahun
|
Seorang lelaki yang juga pemotong kayu direman selama seminggu…
Bekalan Air Kritikal, Lebih Separuh Pesawah Kelantan Dijangka Tak Tanam Padi
|
Lebih 50 peratus daripada kira-kira 7,000 pesawah di Kelantan…
Adik 13 Tahun Tengah Demam, Abang Kandung Sanggup Perkosa Di Tanah Merah
|
Seorang abang sulung dihukum penjara 18 tahun dan 20…
Upah RM50 Bawa Masuk RXZ Dari Thailand, Dua Remaja Dicekup PGA Di Tumpat
|
Tindakan dua lelaki tempatan mengambil upah hanya RM50 untuk…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!