“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz, sehinggalah saya dipenjarakan dan di situlah segala-galanya bermula,” kata seorang prospek dikenali sebagai Mohamad, 36.

Mohamad yang sebelum ini bekerja sebagai pendidik menjalani hukuman penjara di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang sejak September 2023 di bawah Seksyen 376.

Menurutnya, hidupnya berubah sepenuhnya selepas ditempatkan di pusat berkenaan apabila seorang pegawai penjara bertanyakan latar belakang pendidikannya sebelum mencadangkan beliau menyertai program tahfiz di Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).


“Ayah Kata Saya Lambat Menghafal”

Mohamad berkata, pada awalnya beliau langsung tidak terfikir untuk menjadi seorang hafiz walaupun salah seorang adiknya sudah bergelar hafiz.

Ini kerana sebelum ini, bapanya pernah memberitahu bahawa beliau agak lambat dalam menghafal.

Namun katanya, disiplin hafazan yang ketat setiap hari di PPA Machang akhirnya membawa kejayaan luar biasa.

“Takdir Allah SWT mengatasi segala jangkaan kerana dengan disiplin hafazan yang ketat setiap hari di PPA Machang akhirnya saya berjaya khatam dan hafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh satu tahun lapan bulan 14 hari,” katanya.


Majlis Khatam Dirasmikan Yang Dipertua MAIK

Beliau berkongsi perkara itu kepada pemberita selepas Majlis Khatam Perdana Hafazan Al-Quran Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan MAIK yang dirasmikan Yang Dipertua MAIK merangkap Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz di PPA Machang, hari ini.

Mohamad berkata, program tahfiz yang dilaksanakan membuktikan setiap insan, walau di mana pun mereka berada, tetap mempunyai ruang untuk berubah dan kembali kepada fitrah.


37 Hafiz Dilahirkan Dalam Penjara Seluruh Negara

Sementara itu, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan), Zaidi Hamid berkata Jabatan Penjara Malaysia melalui Modul Pemulihan dan Pendidikan Tahfiz al-Quran berjaya melahirkan seramai 37 hafiz dalam kalangan banduan di seluruh negara termasuk dua orang di Kelantan.

Beliau berkata, mereka adalah prospek yang mengikuti pengajian di 14 sekolah tahfiz dalam penjara seluruh negara dengan penyertaan seramai 277 pelajar.

Menurutnya, setakat ini PPA Machang mendahului pusat tahfiz penjara apabila berjaya melahirkan dua hafiz yang menghafaz lengkap 30 juzuk.

Zaidi turut memaklumkan semua prospek perlu melalui proses temu duga sebelum layak memasuki sekolah tahfiz di penjara.

Beliau berharap pada masa akan datang lebih ramai hafiz dapat dilahirkan dalam kalangan prospek di penjara di negara ini.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!