[VIDEO] Jemaah Subuh Terkejut, Pesara Tentera Meninggal Dunia Ketika Sujud Di Tanah Merah

Jemaah solat subuh di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek, Tanah Merah dikejutkan dengan insiden seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika sedang sujud, pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.09 pagi, Allahyarham Razmi Mohd Nor, 66, yang juga pesara tentera dikatakan tiba-tiba rebah ketika sujud pada rakaat pertama sebelum dibantu beberapa jemaah yang berada berdekatan.

Wakil masjid, Mohd Al-Muntaqim Noor berkata, Allahyarham merupakan jemaah tetap dan sering hadir menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan.

“Dalam kejadian subuh tadi, jemaah sedang menunaikan solat sebelum menyedari arwah tidak bangun dari sujud untuk meneruskan rakaat kedua.

“Ketika masih dalam posisi sujud, arwah tiba-tiba rebah menyebabkan tiga jemaah berdekatan segera membatalkan solat masing-masing untuk memberikan bantuan dan memeriksa keadaan arwah.

“Arwah kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang hadir,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, anak Allahyarham, Mohd Alif Razmi, 27, berkata beliau dimaklumkan mengenai pemergian bapanya oleh ahli keluarga sebelum segera memandu pulang dari Selangor ke kampung halaman.

Menurutnya, bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik, namun menghidap angin pasang selain pernah mengalami strok ringan dua tahun lalu.

“Kematian ayah memang agak mengejutkan tetapi pada masa sama, sangat bersyukur kerana pemergiannya dalam keadaan ‘cantik’, iaitu ketika solat.

“Saya pun tidak tahu apa amalan ayah sehingga Allah memilihnya pergi dalam keadaan sebegitu. Apa saya tahu ialah arwah adalah seorang yang dermawan.

@kelantan.daily

Jemaah solat subuh di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek, Tanah Merah dikejutkan dengan insiden seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika sedang sujud, pagi Selasa. #KelantanDaily #BeritaKelantan

♬ original sound - ♠️𝐄𝐦𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐬 𝐡𝐞𝐫𝐞♠️


“Ayah memang tidak kedekut dan sering membayarkan makan minum sesiapa saja ketika berada di kedai kopi, selain sentiasa solat berjemaah memandangkan jarak rumah hanya kurang 300 meter dari masjid,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelewek kira-kira jam 2.30 petang semalam.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!