Rezeki Haji Sekeluarga, Isteri Simpan Hasil Toreh Getah Suami Jual Lembu Demi Ke Tanah Suci

Rezeki menunaikan haji tahun ini benar-benar menjadi kenangan paling bermakna buat Amrawati Hamid, 45, apabila dapat mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama suami serta ayah mentuanya.

Amrawati berkata, bapa mentuanya, Megat Saidin Megat Hussain, 76, sepatutnya menunaikan haji dua tahun lalu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana masalah kesihatan.

“Alhamdulillah kami dapat tunaikan haji tahun ini bersama ayah mentua kerana sepatutnya ayah pergi dua tahun lalu tetapi kerana tidak sihat, dia menangguhkan dahulu.

“Tahun ini ayah terima tawaran pada November tahun lalu manakala suami sebulan kemudian dan saya pada Januari lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Amrawati, bapa mentuanya mendaftar di Tabung Haji pada tahun 2009 manakala dia dan suami, Megat Asmawi Megat Saidin, 50, pula mendaftar pada 2016.

Katanya, dia menyimpan wang hasil menoreh getah dan sentiasa menunggu tawaran untuk menunaikan haji, sementara suaminya yang bekerja kampung menyimpan hasil jualan lembu peliharaan mereka.

“Alhamdulillah impian kami Tanah Suci akhirnya termakbul dan berharap kami selamat pergi dan balik,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Penyelarasan Stesen Alor Setar Musim 1447H, Nur Adli Mohd Nazri berkata, ini adalah penerbangan kedua membabitkan 141 jemaah haji dari Alor Setar dan yang ketujuh di Malaysia.

Beliau berkata, semua jemaah akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (SAH) di Alor Setar pada jam 8.30 malam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Mereka dijangka berlepas ke Madinah melalui KLIA pada jam 12.05 tengah malam dan dijangka tiba pada jam 3.50 pagi.

“Semua jemaah haji terdiri daripada 61 lelaki dan 80 wanita,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!