Yemen Secara Rasmi Sertai Perang Lawan AS-Israel, Lancar Serangan Pertama

Tentera Yemen secara rasmi mengumumkan penyertaan dalam konflik menentang Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai tanda sokongan kepada Iran serta pakatan penentangan di Lubnan, Iraq dan Palestin.

Jurucakap Angkatan Tentera Yemen, Yahya Saree, dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata keputusan itu dibuat susulan peningkatan ketegangan ketenteraan berterusan termasuk serangan terhadap infrastruktur serta korban dalam kalangan penduduk di negara sekutu mereka.

Menurut beliau, campur tangan ketenteraan secara langsung itu selaras dengan pendirian terdahulu Yemen untuk membantu Iran dan sekutunya dalam menghadapi apa yang disifatkan sebagai pencerobohan oleh AS dan Israel.

Lancar Operasi Pertama, Sasar Lokasi Strategik Israel

Dalam perkembangan sama, tentera Yemen memaklumkan mereka telah melancarkan operasi ketenteraan pertama dengan melepaskan beberapa peluru berpandu balistik yang menyasarkan lokasi strategik ketenteraan Israel di selatan wilayah Palestin yang diduduki.

Serangan itu dilaporkan berlaku serentak dengan operasi ketenteraan oleh Iran serta kumpulan Hizbullah di Lubnan, sekali gus mencerminkan penyelarasan antara sekutu dalam konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

“Dengan izin Allah, operasi ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu, sambil menegaskan bahawa serangan akan diteruskan sehingga semua bentuk pencerobohan terhadap pakatan mereka dihentikan.

Perkembangan ini dijangka menambah ketegangan konflik serantau yang kini semakin meluas apabila lebih banyak pihak mula terlibat secara langsung dalam pertempuran.

SHARE:

TERKINI

Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan