Lima wanita didenda RM1,000 mengaku salah bergaduh di depan Pasar Melor

Lima wanita masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam pergaduhan di hadapan Pasar Melor, minggu lalu.

Kesemua tertuduh iaitu Rozita Ramli, 47, bersama anaknya Aleeya Maisara Hasbullah, 19, menantunya Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, serta Siti Sara Suaini, 30, dan adiknya Siti Mastura Suaini, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan pergaduhan di tempat awam kira-kira jam 2.30 petang pada 25 Disember lalu, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah manakala semua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat, namun pihak pembelaan merayu hukuman minimum dengan alasan rakaman video kejadian yang tular di media sosial telah memberi pengajaran besar kepada mereka.

BACA: 10 lagi individu termasuk 4 beranak disambung reman kes pergaduhan di Pasar Awam Melor



Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang, dengan penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

BACA: Tular wanita bergaduh di Pasar Melor, polis tahan 12 individu



Sebelum ini, media melaporkan seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rusuhan di Pasar Awam Melor. Insiden berkenaan turut menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.


Sumber: Berita Harian

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!