Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki

Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas dipercayai ditetak suaminya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Mangkupa, Jalan Popok, Kota Marudu, Sabah pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu suspek yang menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan jiran lelaki selepas melihat mangsa bertegur sapa dengan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomidin berkata, mangsa keluar ke halaman rumah sebelum ditegur suaminya yang berusia 50 tahun agar tidak berbual dengan jiran lelaki.

Menurut beliau, mangsa menafikan tuduhan tersebut sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Diserang Dengan Parang

Anak saudara mangsa yang berada di dalam rumah ketika kejadian mendakwa melihat suspek menuju ke dapur untuk mengambil sebilah parang sebelum berjalan ke arah mangsa.

Suspek kemudian dipercayai merebahkan mangsa dan meletakkan parang di lehernya.

Bimbang dengan keadaan itu, saksi bertindak bersembunyi bersama anak-anak mangsa sebelum terdengar jeritan meminta tolong dari luar rumah.

Tidak lama kemudian, seorang jiran yang baru pulang dari ladang getah menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

Alami 14 Kesan Luka

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami 14 kesan luka akibat ditetak, termasuk pada bahagian leher, bawah dagu, kedua-dua lengan, tapak tangan, kening dan lutut kanan.

Siasatan lanjut mendapati mangsa cuba mempertahankan diri ketika suspek melibas parang ke arahnya sehingga menyebabkan kecederaan pada beberapa bahagian badan.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Suspek Masih Diburu

Polis memaklumkan pasangan tersebut telah berkahwin secara adat kampung selama 19 tahun dan mempunyai enam orang anak.

Selepas melihat mangsa berlumuran darah, suspek dipercayai melarikan diri dari lokasi kejadian.

Polis kini sedang giat mengesan lelaki warga Indonesia itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!