Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli

Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja buah apabila ia dijual pada harga serendah RM1.30 sekilogram sehingga menarik kehadiran ratusan pelanggan ke Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, peniaga buah, Shahmiazani Mohd Tanazi, 33, bukan sahaja menawarkan harga luar biasa murah malah menceriakan suasana dengan permainan spontan bersama pelanggan bagi menentukan harga jualan pada hari berikutnya.

Menurutnya, beliau akan memilih seorang pelanggan secara rawak ketika sesi siaran langsung untuk menentukan harga durian yang akan dijual keesokan hari.

“Kalau pelanggan jawab nak beli 10 biji, harga esok jadi RM1 sekilogram. Kalau 11 biji, jadi RM1.10 dan kalau 12 biji, jadi RM1.20.

“Tadi pelanggan yang dipilih jawab 11 biji, jadi harga durian esok ialah RM1.10 sekilogram, lebih murah berbanding RM1.30 hari ini,” katanya ketika ditemui.

Jualan Murah Sejak 12 Tahun

Shahmiazani berkata, konsep jualan durian murah dengan pelbagai aktiviti dan permainan santai itu sudah dilaksanakan sejak lebih 12 tahun lalu.

Katanya, usaha tersebut dilakukan bagi memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menikmati durian tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

Menurut beliau, bekalan durian diperoleh dari beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Johor.

“Setiap hari kira-kira empat tan durian jenis D24, Udang Merah, IOI, Tekka, Hor Lor dan durian kampung habis dijual.

“Ada juga durian premium yang dijual pada harga lebih tinggi mengikut jenis,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek kualiti sentiasa diberi perhatian walaupun harga jualan ditawarkan pada kadar yang rendah.

Pelanggan Sanggup Beratur Panjang

Seorang pelanggan, Mat Hussin Senik, 61, berkata dia tidak melepaskan peluang membeli durian kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kebiasaan.

“Saya beli untuk makan bersama keluarga dan buat pulut durian. Memang murah dan berbaloi,” katanya.

Seorang lagi pelanggan, Mohd Nor Ibrahim, 70, berkata lambakan durian pada musim ini memberi peluang kepada orang ramai menikmati raja buah pada harga yang sukar diperoleh di tempat lain.

“Biasanya ada juga tempat lain jual murah, tetapi di gerai ini hampir setiap hari murah.

“Itulah sebabnya kami sanggup beratur panjang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!