Isteri Bekas Panglima Tentera Darat Didakwa Terima Wang Haram RM77,000

Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Salwani Anuar @ Kamaruddin, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad di Kuala Lumpur.

“Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Salwani didakwa sebagai pengawal Syarikat Wany Venture telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram masing-masing berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikat itu di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II, antara 24 November 2024 hingga 25 November 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001, dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin menawarkan jaminan antara RM30,000 hingga RM50,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Peguam Fahmi Abd Moin memohon pengurangan jaminan atas alasan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap, hanya menjalankan perniagaan dalam talian, selain menanggung ibu bapanya di Besut, Terengganu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM30,000 dengan dua penjamin berserta semua syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan, dan menetapkan 30 Mac ini bagi sebutan semula kes.

bekas isteri ptd didakwa rasuah



Hakim Rosli turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes itu dipindahkan ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bagi menjimatkan masa mahkamah.

BACA: Terdahulu, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di hadapan Azura atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram melebihi RM2.12 juta.



Sumber: Bernama

TERKINI

Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!