Tular wanita bergaduh di Pasar Melor, polis tahan 12 individu

Polis menahan lima lelaki dan tujuh wanita dipercayai terlibat dalam kes rusuhan di Pasar Awam Melor, Kota Bharu, pada Khamis.

Kesemua suspek berusia antara 20-an hingga lewat 50-an ditahan bagi membantu siasatan selepas satu laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 19 tahun yang mendakwa dirinya telah dikasari oleh seorang wanita lain dalam lingkungan usia 20-an.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan turut melibatkan ahli keluarga pengadu serta suspek.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan pergaduhan berkenaan telah dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, akibat kejadian itu pengadu mengalami kecederaan di seluruh badan. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.

Tambahnya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi tujuan permohonan reman untuk siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi lima minit 21 saat di media sosial Facebook yang memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa wanita di pasar awam berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan