10 lagi individu termasuk 4 beranak disambung reman kes pergaduhan di Pasar Awam Melor

Tempoh reman 10 individu termasuk empat beranak yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan berhampiran Pasar Awam Melor disambung selama tiga hari lagi oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid terhadap lima lelaki dan lima wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

Tempoh reman berkenaan berkuat kuasa bermula Rabu hingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata lanjutan reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.

“Mereka sebelum ini ditahan pada Sabtu lalu dan direman selama empat hari sebelum disambung reman tiga hari lagi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret berkenaan pada Isnin turut membenarkan lanjutan reman terhadap dua beradik wanita berusia 28 dan 30 tahun yang ditahan pada Jumaat lalu, bagi membantu siasatan kes sama sehingga Khamis ini.

BACA: Pergaduhan di Pasar Awam Melor, dua beradik disambung reman 3 hari



Sebelum ini, polis menahan seramai 12 individu selepas berlaku pergaduhan kira-kira jam 2.30 petang pada Khamis lalu di lokasi berkenaan.

Insiden tersebut mengakibatkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mengalami kecederaan pada seluruh bahagian badan.

Rakaman video kejadian turut tular di media sosial memaparkan pergaduhan yang pada awalnya melibatkan dua wanita sebelum beberapa individu lain termasuk lelaki dan wanita yang dipercayai ahli keluarga masing-masing campur tangan.

BACA: Tular wanita bergaduh di Pasar Melor, polis tahan 12 individu




Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!